Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

2 Yohanes 1

A A A
Alkitab Versi Borneo
1Daripadaku, seorang tua-tua,

Kepada puan yang terpilih dan kepada anak-anaknya, yang kukasihi dalam kebenaran. Bukan aku sahaja yang mengasihimu malah sekalian yang mengenal kebenaran – 2kerana kebenaran ada dalam diri kita dan akan kekal dalam diri kita selama-lamanya:

3Semoga kasih kurnia, belas kasihan dan damai sejahtera daripada Allah Bapa dan Yesus Kristus, Anak daripada Bapa, menyertai kita dalam kebenaran dan kasih.

4Aku sungguh sukacita mengetahui bahawa sebilangan anak puan hidup mengikut kebenaran, sebagaimana yang diperintahkan kepada kita oleh Bapa. 5ASekarang, puan yang dikasihi, aku memohon agar kita kasih-mengasihi. Aku bukannya mengemukakan perintah baru. Perintah ini telah disampaikan dari mula-mulanya lagi. 6Inilah kasih, iaitu mengasihi bermakna hidup mengikut perintah Allah. Inilah perintah yang kamu dengar dari mulanya: Kamu haruslah kasih-mengasihi.