Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

2 Tawarikh 20

A A A
Alkitab Versi Borneo
2Maka datanglah beberapa orang memberitahu Yosafat, "Suatu pasukan besar datang dari Edom di seberang Laut Mati hendak menyerang tuanku. Sesungguhnya, mereka sudah berada di Hazezon-Tamar," iaitu En-Gedi. 3Yosafat menjadi takut, lalu dia menetapkan hati untuk mencari hadirat Tuhan. Dimaklumkannya puasa bagi seluruh Yehuda. 14Maka Roh Tuhan turun di tengah-tengah jemaah itu ke atas Yahaziel anak Zakharia anak Benaya anak Yeiel anak Matanya, seorang Lewi daripada bani Asaf. 15ADia berkata, "Dengarlah, wahai semua orang Yehuda dan penduduk Yerusalem, juga Tuanku Raja Yosafat! Beginilah firman Tuhan kepadamu, 'Jangan takut dan jangan kecut hati dengan pasukan besar itu, kerana bukan kamu yang akan berperang melainkan Allah. 16Esok, turunlah dan datangi mereka. Ketahuilah, mereka akan naik melalui pendakian Zis. Kamu akan menemukan mereka di hujung lembah, di Gurun Yeruel. 17BKamu tidak usah berperang dalam pertempuran ini. Berdirilah tegak di tempatmu dan lihatlah kemenangan daripada Tuhan yang menyertai kamu, wahai orang Yehuda dan Yerusalem. Jangan takut dan jangan kecut hati! Majulah esok dan hadapi mereka, Tuhan akan menyertai kamu."

18Yosafat membongkok dengan muka sampai ke tanah. Semua orang Yehuda dan penduduk Yerusalem pun bersujud di hadapan Tuhan dan menyembah Tuhan. 19Lalu bani Lewi daripada bani Kehat dan bani Korah bangkit untuk memuji Tuhan, Allah Israel, dengan suara yang sangat nyaring.

20Keesokan harinya mereka bangun pagi-pagi lalu pergi ke kawasan gersang Tekoa. Ketika mereka hendak pergi, berdirilah Yosafat dan berkata, "Dengarlah aku, wahai orang Yehuda dan penduduk Yerusalem! Percayalah kepada Tuhan, Allahmu, maka kamu akan tetap teguh. Percayalah kepada para nabi-Nya, maka kamu akan berjaya." 21Setelah berunding dengan rakyat, dia mengangkat kalangan yang akan menyanyi bagi Tuhan dan memuji Dia dengan pakaian suci sambil berjalan di depan kalangan yang bersenjata; demikianlah nyanyian mereka, "Mengucap syukurlah kepada Tuhan, kerana kasih-Nya kekal selama-lamanya."

22Pada waktu mereka mulai bersorak-sorai dan menyanyikan puji-pujian, Tuhan mengadakan pengadangan terhadap bani Amon, bani Moab, dan orang Pergunungan Seir yang datang menyerang Yehuda, sehingga mereka semua dikalahkan.