Alkitab Versi Borneo |
Ratapan Daud kerana Saul dan Yonatan 17Daud meratapi Saul dan Yonatan, anaknya, dengan lagu ratapan ini. 18ADia menyuruh agar lagu Busur Panah ini diajarkan kepada bani Yehuda. (Sesungguhnya, lagu ini tertulis dalam kitab Yasar):i 19Kemuliaanmu, wahai Israel, terbunuh di tempat-tempatmu yang tinggi! Betapa telah gugur para kesateria! 20Jangan khabarkan hal itu di Gat, jangan beritakan hal itu di lorong-lorong Askelon, supaya jangan para anak perempuan orang Filistin bersukacita, supaya jangan anak-anak perempuan orang yang tidak bersunat itu bersuka ria. 21Wahai gunung-gunung Gilboa, janganlah ada embun, janganlah ada hujan di atasmu, janganlah ladang-ladangmu mengeluarkan hasil, kerana di sanalah terhumbannya perisai para kesateria, perisai Saul yang tidak lagi diurapi minyak. 22Daripada darah kalangan umat yang terbunuh, daripada lemak para kesateria, busur panah Yonatan tidak pernah berbalik dan pedang Saul tidak pernah kembali dengan hampa. 23Saul dan Yonatan ialah orang yang dicintai dan yang menyenangkan, yang tidak terpisah dalam hidup dan mati mereka. Mereka lebih cepat daripada burung rajawali, mereka lebih kuat daripada singa. 24Wahai kaum wanita Israel, ratapilah Saul, yang mendandani kamu dalam kemewahan kain merah menyala, yang menyematkan segala perhiasan emas pada busanamu. 25Betapa telah gugur para kesateria dalam medan pertempuran! Yonatan terbunuh di kawasan bukit yang tinggi-tinggi. 26Hatiku sengsara kerana engkau, Yonatan, saudaraku. Terlalu ramah engkau kepadaku, ajaib kasihmu kepadaku, lebih daripada cinta kaum wanita. 27Betapa telah gugur para pahlawan dan musnah sudah segala senjata peperangan!