Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

2 Raja-Raja 8

A A A
Alkitab Versi Borneo

Wanita Sunem mendapat harta miliknya semula

1ADahulu Elisa pernah berbicara kepada perempuan yang anaknya dihidupkan kembali, katanya, "Pergilah segera bersama-sama keluargamu dan tinggallah sebagai pendatang di mana sahaja engkau boleh tinggal, kerana Tuhan akan mendatangkan bencana kebuluran atas negeri ini selama tujuh tahun." 2Perempuan itu pun segera bertindak selaras dengan kata-kata hamba Allah itu. Dia pergi bersama-sama keluarganya, lalu tinggal sebagai pendatang di negeri orang Filistin selama tujuh tahun.

3Setelah tujuh tahun berlalu, kembalilah perempuan itu dari negeri orang Filistin. Kemudian dia pergi menghadap raja untuk mengadukan perkara mengenai rumah dan ladangnya. 4Pada waktu itu raja sedang berbicara dengan Gehazi, pembantu hamba Allah, katanya, "Ceritakanlah padaku segala perbuatan besar yang dilakukan Elisa." 5Sementara dia bercerita kepada raja bagaimana Elisa menghidupkan seorang anak yang telah mati, tiba-tiba perempuan yang anaknya dihidupkan kembali itu datang hendak mengadukan perkara perihal rumah dan ladangnya kepada raja. Kata Gehazi, "Ya Tuanku Raja, inilah perempuan itu dan inilah anaknya yang dihidupkan kembali oleh Elisa." 6Raja pun bertanya kepada perempuan itu, dan perempuan itu bercerita kepadanya. Kemudian raja menunjuk seorang pegawai istana untuk menolong perempuan itu, katanya, "Kembalikanlah kepadanya semua yang menjadi miliknya dan semua hasil ladang sejak dia meninggalkan tanah itu sampai sekarang."