Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

1 Yohanes 2

A A A
Alkitab Versi Borneo
20Kamu telah menerima pengurapan daripada Yang Kudus,i maka kamu mengenal kebenaran. 21Aku menulis kepadamu bukan kerana kamu tidak mengenal kebenaran tetapi kerana kamu mengenalnya. Kamu juga tahu bahawa yang dusta tidak berasal daripada yang benar.

22Sesiapa yang mengatakan bahawa Yesus bukan Kristus, dialah pendusta. Orang itu tidak mengakui Bapa dan Anak-Nya, dan dialah dajal, penentang Kristus. 23Sesiapa yang tidak mengakui Anak, maka dia juga tidak mengakui Bapa. Sesiapa yang menerima Anak, maka dia juga menerima Bapa.