Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

1 Korintus 2

A A A
Alkitab Versi Borneo
10Akan tetapi kepada kita, Allah menyatakannya melalui Roh-Nya, kerana Roh itu yang menyoroti segala-galanya, termasuk rahsia Allah yang paling dalam. 11Siapakah antara kita yang mengetahui apa yang terdapat dalam diri seseorang selain roh orang itu sendiri yang berada dalam dirinya? Begitulah juga tidak ada seorang pun yang mengetahui apa yang terdapat dalam diri Allah selain Roh Allah. 12Kita tidak menerima roh dunia ini. Kita menerima Roh daripada Allah agar mengetahui segala kurnia Allah kepada kita.

13Jadi, segala perkara ini kami sampaikan bukan dengan kata-kata daripada kebijaksanaan manusia tetapi daripada ajaran Roh yang menggabungkan fikiran rohani dengan kata-kata rohani. 14Orang jasmani yang tidak mempunyai Roh tidak dapat menerima hal-hal daripada Roh Allah, kerana dia menganggap hal-hal itu kebodohan semata-mata, dan dia tidak dapat memahaminya, disebabkan hal-hal itu hanya dapat dinilai secara rohani. 15Orang rohani menilai segala-galanya tetapi tiada siapa dapat menilai orang itu. 16ASebabnya: "Siapakah yang mengetahui fikiran Tuhan?

Siapakah yang berupaya menasihati-Nya?"

Namun demikian, kita mempunyai fikiran Kristus!