Alkitab Versi Borneo |
13Oleh sebab Allah telah mengurniakan Roh-Nya kepada kita, tahulah kita bahawa kita tetap ada di dalam Allah dan Allah di dalam kita. 14Kami telah melihat Anak dan menyebarkan berita bahawa Bapa telah menghantar Anak-Nya sebagai Kristus, Penyelamat dunia ini. 15Sesiapa yang mengakui Yesus itu Anak Allah, nescaya Allah tetap di dalam orang itu dan dia pun di dalam Allah. 16Kita tahu dan yakin sepenuh hati bahawa Allah mengasihi kita. Allah itu kasih. Sesiapa yang sentiasa mengasihi sesama manusia tetap ada di dalam Allah, dan Allah tetap di dalam dia.