Alkitab Versi Borneo |
Nyanyian pujian Raja Daud 10Lalu Daud memuji Tuhan di hadapan mata seluruh jemaah itu. Kata Daud, "Segala puji bagi-Mu, ya Tuhan, Allah nenek moyang kami Israel, dari selama-lamanya sampai selama-lamanya. 11AYa Tuhan, memang kepunyaan-Mu kebesaran, keperkasaan, kemuliaan, kejayaan, dan kemegahan, kerana Engkaulah yang empunya segala sesuatu di langit dan di bumi. Ya Tuhan, memang kepunyaan-Mu kerajaan dan Engkau ditinggikan sebagai ketua atas segala sesuatu. 12Kekayaan dan hormat berasal daripada-Mu, dan Engkaulah yang menguasai segala sesuatu. Memang dalam tangan-Mu ada kuasa dan keperkasaan. Memang dalam tangan-Mu kuasa untuk membesarkan dan menguatkan segala sesuatu. 13Sekarang, kami mengucap syukur kepada-Mu, ya Allah kami, dan kami memuji nama-Mu yang mulia itu.