Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

1 Petrus 3

A A A
Alkitab Versi Borneo
13Siapakah yang akan menyakitimu jika kamu berbuat kebaikan dengan penuh semangat? 14ANamun demikian, kalaupun kamu menderita kerana melakukan yang benar, kamu akan diberkati. "Jangan takut akan ugutan mereka dan janganlah bimbang." 15Hormatilah Kristus sebagai Tuhan dalam hatimu dan sentiasa bersedia memberikan jawapan yang meyakinkan apabila seseorang bertanyakan asas harapan dalam hatimu. Jawab dengan lembut dan hormat, 16serta dengan suara hati yang murni. Dengan demikian mereka yang mencela kelakuan baikmu dalam Kristus akan berasa malu. 17Jika dikehendaki Allah kamu menderita kerana melakukan kebaikan, itu lebih baik daripada menderita kerana melakukan kejahatan. 18Kristus juga telah mati sekali untuk selama-lamanya kerana dosa kita. Dia yang benar telah menderita untuk orang yang tidak benar supaya Dia dapat membawa kita kepada Allah. Dia telah dibunuh secara jasmani tetapi dihidupkan semula sebagai Roh.