Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

1 Petrus 3

A A A
Alkitab Versi Borneo

Menderita kerana berbuat baik

8Sebagai kesimpulan, bersatu hatilah kamu semua, dan amalkan belas ihsan antara satu sama lain. Jalinkanlah kasih persaudaraan antaramu, dengan hati yang lembut dan adab sopan yang baik. 9Jangan balas kejahatan dengan kejahatan atau celaan dengan celaan. Sebaliknya balaslah dengan memohon Allah memberkati mereka. Kamu mengetahui bahawa Allah telah memanggilmu supaya kamu mendapat berkat kelak. 10AKerana, "Sesiapa yang mencintai hidup

dan mengalami masa yang baik

hendaklah menjaga lidahnya

daripada kejahatan

dan bibirnya daripada kata-kata

yang palsu.

11Hendaklah dia tinggalkan kejahatan

dan lakukan kebaikan;

hendaklah dia cari

dan buru kedamaian.

12Kerana mata Tuhan tertuju

kepada orang yang benar

dan telinga-Nya mendengar doa mereka,

tetapi wajah Tuhan menentang mereka yang berbuat jahat."

13Siapakah yang akan menyakitimu jika kamu berbuat kebaikan dengan penuh semangat? 14BNamun demikian, kalaupun kamu menderita kerana melakukan yang benar, kamu akan diberkati. "Jangan takut akan ugutan mereka dan janganlah bimbang." 15Hormatilah Kristus sebagai Tuhan dalam hatimu dan sentiasa bersedia memberikan jawapan yang meyakinkan apabila seseorang bertanyakan asas harapan dalam hatimu. Jawab dengan lembut dan hormat, 16serta dengan suara hati yang murni. Dengan demikian mereka yang mencela kelakuan baikmu dalam Kristus akan berasa malu.