Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

1 Korintus 12

A A A
Alkitab Versi Borneo
14Tubuh bukan hanya terdiri daripada satu anggota tetapi banyak anggota. 15Kalaulah kaki berkata, "Oleh sebab aku bukan tangan, aku bukanlah sebahagian tubuh," maka benarkah kaki itu bukan sebahagian tubuh? 16Dan kalaulah telinga berkata, "Oleh sebab aku bukan mata, aku bukanlah sebahagian tubuh," maka benarkah telinga itu bukan sebahagian tubuh? 17Andainya seluruh tubuh itu satu mata, di manakah pendengaran? Sekiranya seluruh tubuh itu pendengaran, di manakah pula penghiduan? 18Tetapi Allah telah meletakkan setiap anggota di tubuh menurut kehendak-Nya. 19Kalaulah semuanya hanya satu anggota, di manakah tubuh? 20Tetapi sekarang ada banyak anggota, namun kesemuanya dalam satu tubuh.

21Mata tidak boleh berkata kepada tangan, "Aku tidak memerlukanmu," kepala tidak boleh berkata kepada kaki, "Aku tidak memerlukanmu." 22Malah, anggota-anggota tubuh yang kelihatan lebih lemah itulah yang amat kita perlukan. 23Kepada anggota-anggota yang kita anggap kurang terhormat, kita berikan lebih banyak penghormatan; dan bahagian-bahagian tubuh kita yang tidak layak ditunjukkan mempunyai lebih banyak kesopanan. 24Sedangkan bahagian-bahagian yang layak ditunjukkan tidak memerlukannya. Dalam mencipta tubuh, Allah telah memberikan lebih banyak penghormatan kepada bahagian yang kurang memilikinya, 25supaya tidak ada perpecahan dalam tubuh, tetapi semua anggota sama-sama prihatin antara satu sama lain. 26Jika satu anggota menderita, semuanya turut menderita; sebaliknya jika satu diberi penghormatan, semua turut bersukacita.