Alkitab Versi Borneo |
9Bagaimanakah seorang pemuda menyucikan jalannya? Dengan berhati-hati menurut firman-Mu. 10Dengan sepenuh hatiku aku telah mencari-Mu; janganlah biarkan aku menyimpang daripada perintah-perintah-Mu. 11Firman-Mu telah kusimpan baik-baik dalam hatiku supaya aku tidak berdosa terhadap-Mu. 12Terpujilah Engkau, ya TUHAN;
ajarlah aku ketetapan-Mu. 13Dengan bibirku telah kuisytiharkan segala hukum yang Kaufirmankan. 14Aku telah bergembira dengan cara peraturan-Mu seperti dengan segala kekayaan. 15Aku akan merenung ajaran-ajaran-Mu dan memikirkan cara-cara-Mu. 16Aku akan menikmati ketetapan-Mu;
aku tidak akan melupakan firman-Mu.
Alkitab Versi Borneo |
97Oh, betapa kucintai hukum-Mu! Aku merenungnya sepanjang hari. 98Engkau, melalui perintah-perintah-Mu, menjadikan aku lebih bijaksana daripada musuhku, kerana perintah-perintah-Mu sentiasa bersamaku. 99Aku mempunyai pengertian yang lebih dalam daripada semua guruku, kerana peraturan-Mu menjadi renunganku. 100Aku mengerti lebih daripada penatuaku, kerana aku mematuhi ajaran-ajaran-Mu. 101Aku telah mengawal kakiku daripada setiap jalan kejahatan supaya aku dapat mematuhi firman-Mu. 102Aku tidak menyimpang daripada hukum-hukum-Mu, kerana Engkau sendiri telah mengajarku. 103Betapa manisnya kata-kata-Mu bagiku, lebih manis daripada madu bagi lidahku! 104Melalui ajaran-ajaran-Mu aku mendapat pengertian; oleh itu, aku membenci setiap jalan yang palsu. 105Firman-Mu lampu bagi kakiku dan cahaya bagi jalanku.