Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 124

A A A
Alkitab Versi Borneo

Nyanyian ziarah Daud. 1Kalaulah tidak kerana TUHAN yang memihak kami –

biarlah Israel berkata sekarang –

2kalaulah tidak kerana TUHAN yang memihak kepada kami

ketika orang bangkit menentang kami,

3tentulah mereka menelan kami hidup-hidup,

apabila kemarahan mereka dinyalakan terhadap kami;

4tentulah air menguasai kami,

arus menenggelamkan jiwa kami,

5maka air yang naik melimpah

tentu menenggelamkan jiwa kami.

6Terpujilah TUHAN,

yang tidak menyerahkan kami sebagai mangsa ke rahang mereka.

7Jiwa kami telah terlepas seperti burung daripada jerat pemikat;

jerat telah koyak, dan kami telah terlepas.

8Kami mendapat pertolongan daripada nama TUHAN,

yang telah menjadikan langit dan bumi.