Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Bilangan 26

A A A
Alkitab Versi Borneo

Bancian kedua diperlukan

1ASesudah peristiwa wabak itu, Tuhan berfirman kepada Musa dan Eleazar, anak Imam Harun, 2"Adakanlah bancian ke atas seluruh kalangan umat Israel, khususnya orang yang berumur dua puluh tahun ke atas menurut kaum keluarga mereka, dan yang berkemampuan untuk berperang." 3Maka Musa dan Imam Eleazar berkata kepada mereka di dataran Moab, di tepi Sungai Yordan dekat Yerikho, 4"Hitunglah orang yang berumur dua puluh tahun ke atas" seperti yang diperintahkan Tuhan kepada Musa.

Inilah orang Israel yang keluar dari Tanah Mesir: 5Keturunan Ruben, anak Israel yang sulung: kaum Henokh, daripada Henokh; kaum Palu, daripada Palu; 6kaum Hezron, daripada Hezron; kaum Karmi, daripada Karmi. 7Itulah kaum-kaum bani Ruben. Jumlah mereka yang terhitung ialah seramai 43,730 orang. 8Anak Palu ialah Eliab, 9sedangkan anak-anak Eliab ialah Nemuel, Datan, dan Abiram. Inilah Datan dan Abiram yang terpilih daripada kalangan umat, namun yang kemudian melawan Musa dan Harun dalam kumpulan Korah ketika orang itu melawan Tuhan. 10Pada waktu itu, bumi mengangakan mulutnya dan menelan mereka bersama dengan Korah dan kumpulannya, iaitu 250 orang pengikutnya, mati dimakan api. Mereka menjadi suatu tanda amaran. 11Tetapi anak-anak Korah tidak ikut mati.

12Keturunan Simeon menurut kaum-kaum mereka: kaum Nemuel, daripada Nemuel; kaum Yamin, daripada Yamin; kaum Yakhin, daripada Yakhin; 13kaum Zerah, daripada Zerah; kaum Saul, daripada Saul. 14Itulah kaum-kaum bani Simeon, berjumlah 22,200 orang.

15Keturunan Gad menurut kaum-kaum mereka: kaum Zefon, daripada Zefon; kaum Hagi, daripada Hagi; kaum Syuni, daripada Syuni; 16kaum Ozni, daripada Ozni; kaum Eri, daripada Eri; 17kaum Arod, daripada Arod; kaum Areli, daripada Areli. 18Itulah kaum-kaum bani Gad. Jumlah yang terhitung ialah seramai 40,500 orang.

19Anak-anak Yehuda: Er dan Onan. Tetapi Er dan Onan mati di Tanah Kanaan. 20Keturunan Yehuda menurut kaum-kaum mereka: kaum Syela, daripada Syela; kaum Peres, daripada Peres; kaum Zerah, daripada Zerah. 21Keturunan Peres: kaum Hezron, daripada Hezron; kaum Hamul, daripada Hamul. 22Itulah kaum-kaum bani Yehuda. Jumlah yang terhitung ialah seramai 76,500 orang.

23Keturunan Isakhar menurut kaum-kaum mereka: kaum Tola, daripada Tola; kaum Pua, daripada Pua; 24kaum Yasub, daripada Yasub; kaum Simron, daripada Simron. 25Itulah kaum-kaum bani Isakhar. Jumlah yang terhitung ialah seramai 64,300 orang.

26Keturunan Zebulon menurut kaum-kaum mereka: kaum Sered, daripada Sered; kaum Elon, daripada Elon; kaum Yahleel, daripada Yahleel. 27Itulah kaum-kaum bani Zebulon. Jumlah yang terhitung ialah seramai 60,500 orang.

28Keturunan Yusuf menurut kaum-kaum mereka, daripada Manasye dan Efraim ialah:

29Keturunan Manasye: kaum Makhir, daripada Makhir; kaum Gilead, daripada Gilead, anak Makhir. 30Keturunan Gilead: kaum Iezer, daripada Iezer; kaum Helek, daripada Helek; 31kaum Asriel, daripada Asriel; kaum Sekhem, daripada Sekhem; 32kaum Semida, daripada Semida; kaum Hefer, daripada Hefer. 33Zelafehad anak Hefer tidak mempunyai anak lelaki, melainkan anak perempuan sahaja. Nama anak-anak perempuan Zelafehad ialah Mahla, Noa, Hogla, Milka, dan Tirza. 34Itulah kaum-kaum bani Manasye. Jumlah yang terhitung ialah seramai 52,700 orang.

35Keturunan Efraim menurut kaum-kaum mereka: kaum Sutelah, daripada Sutelah; kaum Bekher, daripada Bekher; kaum Tahan, dan daripada Tahan. 36Keturunan Sutelah: kaum Eran, daripada Eran. 37Itulah kaum-kaum bani Efraim. Jumlah yang terhitung ialah seramai 32,500 orang. Itulah keturunan Yusuf menurut kaum-kaum mereka.

38Keturunan Benyamin menurut kaum-kaum mereka: kaum Bela, daripada Bela; kaum Asybel, daripada Asbel; kaum Ahiram, daripada Ahiram; 39kaum Sefufam, dari Sefufam; kaum Hufam, daripada Hufam. 40Anak-anak Bela: Ared dan Naaman. Kaum Ared ialah daripada Ared; dan kaum Naaman adalah daripada Naaman. 41Itulah keturunan Benyamin menurut kaum-kaum mereka. Jumlah yang terhitung ialah seramai 45,600 orang.

42Keturunan Dan menurut kaum mereka: kaum Suham, daripada Suham. Itulah kaum bani Dan. 43Jumlah seluruh kaum Suham yang terhitung ialah seramai 64,400 orang.

44Keturunan Asyer menurut kaum-kaum mereka: kaum Yimna, daripada Yimna; kaum Yiswi, daripada Yiswi; kaum Beria, daripada Beria. 45Keturunan Beria: kaum Heber, daripada Heber; kaum Malkiel, daripada Malkiel. 46Nama anak perempuan Asyer ialah Serah. 47Itulah kaum-kaum bani Asyer. Jumlah yang terhitung ialah seramai 53,400 orang.

48Keturunan Naftali menurut kaum-kaum mereka: kaum Yahzeel, daripada Yahzeel; kaum Guni, daripada Guni; 49kaum Yezer, daripada Yezer; kaum Syilem, daripada Syilem. 50Itulah kaum-kaum bani Naftali. Jumlah yang terhitung ialah seramai 45,400 orang.

51Itulah jumlah orang yang terhitung daripada orang Israel iaitu seramai 601,730 orang.

52BTuhan berfirman kepada Musa, 53"Kepada suku-suku itulah harus kaubahagikan tanah menjadi harta pusaka mereka berasaskan jumlah nama yang ada. 54Kepada suku yang jumlah orangnya ramai, berilah harta pusaka yang besar, sedangkan kepada suku yang jumlah orangnya sedikit, berilah harta pusaka yang kecil. Masing-masing suku harus diberi harta pusaka berdasarkan jumlah orang yang terhitung. 55Akan tetapi, tanah itu harus dibahagikan dengan cara membuang undi. Oleh itu, hendaklah mereka mendapatkan harta pusaka mengikut nama suku-suku bapa leluhur mereka, 56dan hendaklah harta pusaka itu dibahagikan dalam kalangan mereka berdasarkan undian, baik bagi suku yang ramai jumlah orangnya mahupun yang sedikit."

57Inilah orang yang dijumlahkan daripada bani Lewi menurut kaum-kaum mereka: kaum Gerson, daripada Gerson; kaum Kehat, daripada Kehat; kaum Merari, daripada Merari. 58Kaum yang lain daripada bani Lewi: kaum Libni, kaum Hebron, kaum Mahli, kaum Musi, kaum Korah. Kehat mempunyai anak, iaitu Amram. 59Nama isteri Amram ialah Yokhebed anak Lewi, yang lahir bagi Lewi di Mesir. Bagi Amram perempuan itu melahirkan Harun, Musa, dan Miryam, saudara mereka yang perempuan. 60CBagi Harun lahirlah Nadab, Abihu, Eleazar, dan Itamar. 61DNadab dan Abihu mati ketika mereka mempersembahkan api yang tidak layak di hadapan Tuhan. 62Jumlah yang terhitung ialah seramai 23,000 orang, semuanya lelaki yang berumur satu bulan ke atas. Mereka tidak dihitung bersama-sama orang Israel lainnya, kerana mereka tidak diberi harta pusaka dalam kalangan orang Israel.

63Itulah orang yang terhitung jumlahnya oleh Musa dan Imam Eleazar ketika kedua-duanya menghitung orang Israel di dataran Moab, di tepi Sungai Yordan dekat Yerikho. 64Antara orang ini tidak ada seorang pun yang dahulu dihitung oleh Musa dan Imam Harun ketika mereka menghitung orang Israel di Gurun Sinai, 65Ekerana tentang orang itu Tuhan telah berfirman, "Sesungguhnya, orang itu pasti mati di gurun." Daripada mereka itu tiada seorang pun yang masih hidup selain Kaleb anak Yefune dan Yosua anak Nun.