Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Bilangan 17

A A A
Alkitab Versi Borneo

Bertunasnya tongkat Harun

1Tuhan berfirman kepada Musa, 2"Berbicaralah kepada orang Israel dan ambillah tongkat daripada setiap orang daripada pemimpin yakni satu tongkat dari setiap pemimpin, mewakili setiap suku kaum, iaitu sejumlah dua belas batang tongkat. Tuliskanlah nama para pemimpin itu pada tongkat masing-masing. 3Nama Harun harus kamu tuliskan pada tongkat bani Lewi, kerana satu tongkat harus mewakili setiap ketua suku kaum. 4Letakkanlah semua tongkat itu dalam Khemah Pertemuan, di hadapan tabut loh hukum, tempat Aku menemui kamu. 5Nanti, sesiapa yang akan Kupilih, tongkatnya akan bertunas. Demikianlah Aku akan meredakan segala rungutan yang dilontarkan oleh orang Israel terhadap kamu."

6Maka berbicaralah Musa kepada orang Israel, lalu semua pemimpin mereka memberikan tongkat masing-masing kepadanya. Setiap pemimpin memberikan sebatang tongkat menurut suku kaum mereka, maka terdapat sejumlah dua belas batang tongkat. Tongkat Harun pun ada antara tongkat-tongkat itu. 7Musa meletakkan tongkat-tongkat itu di hadapan Tuhan, di dalam khemah kesaksian.

8AKeesokan harinya ketika Musa masuk ke dalam khemah kesaksian, tampak tongkat Harun yang mewakili bani Lewi telah bertunas. Tongkat itu pun mengeluarkan kuncup, berbunga, dan menghasilkan buah badam. 9Kemudian Musa membawa semua tongkat itu keluar dari hadirat Tuhan, ke hadapan seluruh orang Israel. Mereka melihat tongkat-tongkat itu, lalu setiap pemimpin mengambil tongkat masing-masing. 10Berfirmanlah Tuhan kepada Musa, "Kembalikanlah tongkat Harun ke hadapan tabut loh hukum untuk disimpan sebagai tanda bagi orang derhaka itu. Dengan begitu kamu menamatkan segala rungutan mereka kepada-Ku, supaya jangan mereka mati." 11Maka Musa pun melaksanakannya. Dilakukannyalah seperti yang diperintahkan Tuhan kepadanya itu.

12Kata orang Israel kepada Musa, "Sesungguhnya, kami akan mati! Kami binasa, kami semua binasa! 13Sesiapa pun yang datang mendekati Khemah Suci Tuhan akan mati. Apakah kami semua akan binasa?'