Alkitab Versi Borneo |
Tuhan mengadili bangsa 1"Sesungguhnya, pada masa itu dan pada ketika itu, ketika Aku memulihkan keadaan Yehuda dan Yerusalem, 2maka Aku akan mengumpulkan segala bangsa dan membawa mereka turun ke Lembah Yosafat. Aku akan membangkitkan dengan mereka di sana dalam hal umat-Ku dan harta pusaka-Ku Israel, kerana segala bangsa itu telah mencerai-beraikan mereka antara bangsa-bangsa dan telah membahagi-bahagikan tanah-Ku. 3Mereka telah mencabut undi atas umat-Ku, menyerahkan anak lelaki demi perempuan pelacur, dan menjual anak perempuan demi air anggur agar mereka dapat minum. 4ABApa pula urusan kamu dengan Aku, wahai Tirus dan Sidon dan seluruh wilayah Filistin? Adakah kamu mahu mengadakan pembalasan kepada-Ku? Jika kamu membuat sesuatu pembalasan atas-Ku, dengan bersegera lagi pantas akan Aku membalikkan pembalasan kamu itu kepadamu. 5Kamu telah mengambil perak dan emas milik-Ku, dan membawa khazanah dan harta berharga milik-Ku ke dalam kuil-kuil kamu. 6Kamu telah menjual bani Yehuda dan warga Yerusalem kepada pihak Yunani untuk menjauhkan mereka dari daerah mereka. 7Sesungguhnya, Aku akan menggerakkan mereka dari tempat ke mana kamu menjual mereka. Aku akan membalas perbuatanmu itu kepadamu. 8Aku akan menjual anak-anakmu lelaki perempuan kepada bani Yehuda. Mereka pula akan menjual anak-anakmu itu kepada orang Syeba, kepada sebuah bangsa yang jauh, kerana Tuhan telah berfirman." 9Maklumkanlah hal ini dalam kalangan bangsa: tahbiskan dirimu untuk berperang, kerahkanlah para kesateria. Biarlah semua pejuang tampil untuk mara! 10CTempalah mata bajakmu menjadi pedang dan pisau pemangkas kamu menjadi tombak. Biarlah orang lemah berkata, "Aku perkasa!" 11Bersegeralah datang, wahai segala bangsa dari segala jurusan, dan berkumpullah di sana. Bawalah para kesateria-Mu turun, ya Tuhan. 12"Biarlah bangsa-bangsa dikerahkan dan maju ke Lembah Yosafat, kerana di sanalah Aku akan bersemayam untuk mengadili segala bangsa dari segala jurusan. 13EAyunkanlah sabit kerana tuaian sudah masak. Mari, mengiriklah, kerana tempat pemerasan anggur sudah penuh. Tempat-tempat pemerasan anggur kelimpahan, kerana besarnya kejahatan mereka. 14Begitu ramainya, ramai sekali orang di lembah penentuan! Hari Tuhan sudah dekat di lembah penentuan. 15Matahari dan bulan menggelap dan bintang-bintang menghilangkan cahayanya." 16FTuhan mengaum bak guruh dari Sion dan memperdengarkan suara-Nya dari Yerusalem. Langit dan bumi akan bergoncang, tetapi Tuhan ialah tempat berlindung bagi umat-Nya dan benteng bagi orang Israel. 17"Maka kamu akan mengetahui bahawa Akulah Tuhan, Allahmu, yang bersemayam di Sion, gunung-Ku yang suci. Yerusalem akan menjadi suci dan orang asing tidak akan melintasinya lagi. Kehadiran Tuhan di Sion 18Pada waktu itu akan terjadi: gunung-gunung akan menitiskan air anggur baru dan bukit-bukau akan mengalirkan air susu. Semua alur sungai Yehuda akan mengalirkan air. Sebuah mata air akan memancar daripada Bait Tuhan lalu mengairi Lembah Sitim. 19Mesir akan menjadi sunyi sepi dan Edom menjadi gurun gersang yang sunyi sepi, kerana kekerasan mereka terhadap bani Yehuda, kerana mereka menumpahkan darah orang yang tidak bersalah di negeri mereka. 20Tetapi Yehuda akan dihuni untuk selama-lamanya, dan Yerusalem selama turun-temurun. 21Aku akan membalas darah mereka yang belum lagi Kubalas, kerana Tuhan bersemayam di Sion."