Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yesaya 22

A A A
Alkitab Versi Borneo

Kelancangan penduduk Yerusalem

1Pernyataan ilahi tentang Lembah Penglihatan. Ada apa gerangan sehingga semua orang naik ke bumbung-bumbung rumah,

2wahai kota yang penuh pekik sorak,

wahai kota yang riuh,

kota yang bersuka ria?

Para wargamu yang mati bukan tewas oleh pedang

dan bukan gugur dalam peperangan.

3Semua pemimpinmu melarikan diri bersama-sama,

mereka ditawan tanpa perlu menggunakan panah.

Semua wargamu yang tertangkap ditawan bersama-sama

meskipun sudah lari jauh-jauh.

4Oleh sebab itu aku berkata,

"Berpalinglah daripada melihatku,

aku hendak menangis dalam kegetiran.

Jangan berusaha untuk menghiburkan aku dalam hal kebinasaan puteri bangsaku."

5Sesungguhnya, Tuhan, ALLAH alam semesta,

menetapkan satu hari kegemparan, penaklukan, dan kekacauan di Lembah Penglihatan.

Tembok akan dirobohkan

dan teriakan orang akan sampai ke pergunungan.

6Elam membawa tabung panah dengan rata dan pasukan berkuda.

Kir membuka sarung perisainya.

7Lembah-lembahmu yang terbaik dipenuhi rata,

pasukan berkuda menempatkan diri di pintu gerbang.

8Allah membuka pertahanan Yehuda.

Pada hari itu engkau melihat persenjataan di Gedung Hutan.

9Kamu memperhatikan bahawa retak-retak begitu banyak di tembok Kota Daud,

lalu kamu mengumpulkan air kolam bawah.

10Kamu menghitung rumah-rumah di Yerusalem,

lalu kamu merobohkan rumah-rumah itu untuk mengukuhkan tembok.

11Kamu membuat empangan air di antara kedua-dua tembok itu untuk menampung air daripada kolam lama.

Tetapi kamu tidak memandang kepada Dia yang menjadikan hal itu,

dan tidak mengendahkan Dia yang telah menentukannya sejak lama.

12Pada waktu itu Tuhan, ALLAH alam semesta,

menyuruh orang menangis, meratap, menggondolkan kepala, dan memakai kain kabung.

13ATetapi lihat, yang ada malah kegirangan dan kesukaan,

pembantaian lembu dan penyembelihan domba,

makan daging dan minum air anggur!

"Mari kita makan dan minum,

kerana esok kita mati!"

14TUHAN alam semesta, menyatakan hal ini dalam pendengaranku, "Sesungguhnya, kesalahan ini tidak akan diampunkan sampai kamu mati," firman Tuhan, ALLAH alam semesta.

Tentang Sebna dan Elyakim

15Beginilah firman Tuhan, ALLAH alam semesta, "Pergilah kepada pegawai ini,

kepada Sebna yang mengepalai istana, dan katakanlah,

16Apa urusanmu di sini dan kamu ada siapa di sini sehingga kaugali kubur bagimu di sini,

wahai orang yang menggali kuburnya di tempat tinggi,

yang memahat tempat baginya bersemadi di bukit batu?

17"Sesungguhnya, TUHAN akan melempar engkau jauh-jauh,

wahai manusia!

Dia akan memegang engkau kuat-kuat,

18dan menggulung engkau rapat-rapat menjadi satu gulungan,

lalu menggolekkan engkau seperti bola ke tanah yang lapang.

Di sanalah engkau akan mati,

di sanalah jugalah adanya rata-rata kemuliaanmu,

wahai engkau yang menjadi aib bagi keluarga tuanmu!

19Aku akan memecat engkau daripada jawatanmu,

dan engkau akan diturunkan daripada kedudukanmu.

20"Pada waktu itu, Aku akan memanggil hamba-Ku, Elyakim anak Hilkia. 21Aku akan mengenakan baju luarmu kepadanya, mengikatkan ikat pinggangmu kepadanya, dan menyerahkan kuasamu ke dalam tangannya. Dia akan menjadi bapa bagi penduduk Yerusalem dan bagi keturunan kaum Yehuda. 22BAku akan meletakkan kunci istana Daud di atas bahunya. Jika dia membuka, tidak ada yang dapat menutup, jika dia menutup, tidak ada yang dapat membuka. 23Aku akan mengukuhkan kedudukannya seperti pasak di tempat yang teguh, dan dia akan menjadi takhta kemuliaan bagi kaum keluarganya.

24Padanya akan digantungkan segala kemuliaan kaum keluarganya, anak cucu dan keturunannya – berserta dengan segala kelengkapan kecil, dari kelengkapan mangkuk sampai segala kelengkapan periuk belanga. 25"Pada waktu itu," demikianlah firman TUHAN alam semesta, "pasak yang telah ditancap di tempat yang teguh tadi akan kehilangan kekuatan. Paku itu akan dipotong lalu jatuh, dan segala tanggungan dan beban yang digantungkan kepadanya akan hancur, kerana TUHAN telah berfirman."