Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yesaya 11

A A A
Alkitab Versi Borneo

Raja Damai yang akan datang

1ASuatu tunas akan keluar daripada tunggul Isaii, suatu cabang daripada akarnya akan berbuah. 2Roh TUHAN akan diam padanya –

roh kebijaksanaan dan pengertian,

roh nasihat dan keperkasaan,

roh pengetahuan dan takut kepada TUHAN –

3takut kepada TUHAN ialah kesukaannya.

Dia tidak akan menghakimi menurut apa yang tampak di hadapan matanya,

atau memutuskan perkara menurut apa yang didengar oleh telinganya,

4Btetapi Dia akan menghakimi orang miskin dengan perbenaran,ii

dan memutuskan perkara dengan keadilan bagi orang yang tertindas di bumi.

Dia akan menghukum bumi dengan rotan daripada mulut-Nya,

dan dengan nafas mulut-Nya Dia akan mematikan orang fasiq.

5CPerbenaran adalah sabuk di pinggangnya

dan kesetiaan adalah ikat pinggangnya.

6DSerigala akan tinggal bersama-sama domba,

harimau bintang akan berbaring dengan anak kambing.

Anak lembu, anak singa, dan ternakan yang tambun akan tinggal bersama-sama,

dan kesemuanya akan dipimpin oleh seorang anak kecil.

7Lembu betina dan beruang akan sama-sama meragut rumput,

anak masing-masing akan berbaring bersama-sama,

dan singa akan makan jerami seperti lembu.

8Anak yang masih menyusu akan bermain-main dekat lubang ular senduk,

dan anak yang cerai susu akan menghulurkan tangannya ke dalam liang ular berbisa.

9ETidak ada yang akan berbuat jahat ataupun membinasakan

di seluruh gunung-Ku yang suci,

kerana bumi akan penuh dengan pengetahuan tentang TUHAN,

seperti air meliputi laut.

10FPada waktu itu, Tunas Isai akan berdiri sebagai panji-panji bagi suku-suku bangsa. Dia akan dicari oleh bangsa-bangsa dan kediamannya akan menjadi mulia. 11Pada waktu itu, Tuhan akan menghulurkan tangan-Nya lagi untuk menebus saki-baki umat-Nya yang masih tertinggal, iaitu dari Asyur, dari Mesir, dari Patros, dari Kush, dari Elam, dari Sinear, dari Hamat, dan dari pulau-pulau di laut. 12Dia akan mengangkat panji-panji bagi bangsa

dan akan menghimpunkan orang Israel yang terbuang.

Dia akan mengumpulkan orang Yehuda yang tercerai-berai dari keempat-empat penjuru bumi.

13Dengki Efraim akan hilang,

dan orang yang menyesakkan Yehuda akan dilenyapkan.

Efraim tidak akan dengki terhadap Yehuda, dan Yehuda tidak akan menyesakkan Efraim.

14Sebaliknya, mereka akan terbang ke lereng gunung orang Filistin di sebelah barat,

bersama-sama mereka akan menjarah bani Timur.

Mereka akan menghulurkan tangan untuk mencengkam Edom dan Moab,

dan bani Amon akan tunduk mematuhi mereka.

15GTUHAN akan membinasakan sama sekali teluk laut Mesir;

dengan angin-Nya yang panas,

Dia akan mengayunkan tangan-Nya

kepada Sungai Efrat

dan memukulnya menjadi tujuh batang anak sungai,

sehingga orang dapat menyeberanginya dengan berkasut.

16Maka akan ada jalan raya dari Asyur

bagi saki-baki umat-Nya,

sama seperti yang ada bagi Israel dahulu pada waktu mereka keluar dari Tanah Mesir.