Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Kejadian 15

A A A
Alkitab Versi Borneo

Perjanjian Allah dengan Abram

1Sesudah berbagai-bagai peristiwa itu, datanglah firman TUHAN kepada Abram dalam suatu penglihatan demikian, "Jangan takut, Abram, Akulah perisaimu. Pahalamu akan sangat besar."

2Jawab Abram, "Ya Tuhan ALLAH, apakah yang hendak Engkau kurniakan kepadaku? Sampai sekarang aku tidak mempunyai anak, dan yang akan mewarisi rumahku ialah Eliezer, orang Damsyik itu." 3Kata Abram pula, "Sesungguhnya, Engkau belum mengurniakan kepadaku keturunan, sehingga hamba yang lahir di rumahkulah yang akan menjadi ahli warisku."

4Tetapi datanglah firman TUHAN kepadanya demikian, "Bukan orang itu yang akan menjadi ahli warismu, melainkan anak lelaki darah dagingmu sendirilah yang akan menjadi ahli warismu." 5AKemudian Dia membawa Abram keluar dan berfirman, "Menengadahlah ke langit dan hitunglah bintang jika kamu dapat menghitungnya." Firman-Nya kepadanya, "Demikianlah banyaknya keturunanmu kelak." 6BLalu Abram percaya kepada TUHAN dan TUHAN memperhitungkan hal itu baginya sebagai perbenaran.i

7Seterusnya Dia berfirman lagi kepadanya, "Akulah TUHAN, yang membawa kamu keluar dari Ur-Kasdim untuk memberikan negeri ini kepadamu dan menjadikannya milikmu."

8Kata Abram, "Ya Tuhan ALLAH, bagaimanakah akan kutahu bahawa aku akan memilikinya?"

9Firman Tuhan kepadanya, "Ambillah bagi-Ku seekor lembu betina muda, seekor kambing betina, dan seekor domba jantan, masing-masing berumur tiga tahun, juga seekor burung tekukur dan seekor anak burung merpati." 10Abram mengambil semua itu bagi-Nya, membelahnya menjadi dua, lalu meletakkan belahan yang satu berhadapan dengan yang lain. Tetapi burung-burung tidak dibelah dua. 11Ketika burung-burung pemangsa hinggap di atas daging sembelihan itu, Abram pun menghalaunya.

12CMenjelang matahari terbenam, Abram tertidur lelap. Tiba-tiba, dia diselubungi oleh kegelapan yang dahsyat dan ketakutan mencengkam dirinya. 13DKemudian TUHAN berfirman kepada Abram, "Ketahuilah sesuatu yang pasti bahawa keturunanmu akan menjadi pendatang di negeri orang dan akan diperhamba serta ditindas selama empat ratus tahun. 14EAkan tetapi, Aku akan menghukum bangsa yang memperhamba mereka, dan setelah itu mereka akan keluar dari negeri itu dengan membawa harta benda yang banyak. 15Akan tetapi, kamu pula akan pergi kepada nenek moyangmu dengan sejahtera. Kamu akan dimakamkan pada usia yang sangat tua. 16Keturunan yang keempat akan kembali ke sini, kerana kejahatan orang Amori belum mencapai tahap puncaknya."

17Setelah matahari terbenam dan hari menjadi gelap, tiba-tiba tampaklah sebuah pendiangan yang berasap dan obor yang menyala-nyala bergerak-gerak di antara potongan-potongan daging itu. 18FPada hari itu juga TUHAN membuat perjanjian dengan Abram, firman-Nya, "Kepada keturunanmu Kuberikan negeri ini, dari Wadi Mesir sampai sungai besar, iaitu Sungai Efrat, 19meliputi tanah orang Keni, orang Kenas, orang Kadmon, 20orang Het, orang Feris, orang Refaim, 21orang Amori, orang Kanaan, orang Girgasi, dan orang Yebus."