Alkitab Versi Borneo |
Nama orang buangan yang kembali 1Inilah warga wilayah Yehuda yang pulang dari tempat penawanan, iaitu warga yang dahulunya dibuang negeri ke Babel oleh Nebukadnezar, raja Babel. Mereka kembali ke Yerusalem serta ke Tanah Yehuda, ke kota masing-masing. 2Mereka datang bersama-sama Zerubabel, Yesua, Nehemia, Seraya, Reelaya, Mordekhai, Bilsan, Mispar, Bigwai, Rehum, dan Baana. Inilah senarai warga orang Israel: 3bani Paros, 2,172 orang; 4bani Sefaca, 372 orang; 5bani Arah, 775 orang; 6bani Pahat-Moab, daripada keturunan Yesua dan Yoab, 2,812 orang; 7bani Elam, 1,254 orang; 8bani Zatu, 945 orang; 9bani Zakai, 760 orang; 10bani Bani, 642 orang; 11bani Bebai, 623 orang; 12bani Azgad, 1,222 orang; 13bani Adonikam, 666 orang; 14bani Bigwai, 2,056 orang; 15bani Adin, 454 orang; 16bani Ater, daripada Hizkia, 98 orang; 17bani Bezai, 323 orang; 18bani Yora, 112 orang; 19bani Hasum, 223 orang; 20bani Gibar, 95 orang; 21bani Betlehem, 123 orang; 22orang Netofa, 56 orang; 23orang Anatot, 128 orang; 24bani Azmawet, 42 orang; 25bani Kiryat-Arim, Kefira, dan Beerot, 743 orang; 26bani Rama dan Geba 621 orang; 27orang Mikhmas, 122 orang; 28orang Betel dan Ai, 223 orang; 29bani Nebo, 52 orang; 30bani Magbis, 156 orang; 31bani Elam yang lain, 1,254 orang; 32bani Harim, 320 orang; 33bani Lod, Hadid, dan Ono, 725 orang; 34bani Yerikho, 345 orang; 35bani Senaa, 3,630 orang. 36Para imam: bani Yedaya, daripada keturunan kaum Yesua, 973 orang; 37bani Imer, 1,052 orang; 38bani Pasyhur, 1,247 orang; 39bani Harim, 1,017 orang. 40Orang Lewi: bani Yesua dan Kadmiel, daripada keturunan Hodawya, 74 orang. 41Penyanyi: bani Asaf, 128 orang. 42Keturunan penjaga pintu gerbang: bani Salum, bani Ater, bani Talmon, bani Akub, bani Hatita, bani Sobai, semuanya 139 orang. 43Hamba Bait Allah: bani Ziha, bani Hasufa, bani Tabaot, 44bani Keros, bani Siaha, bani Padon, 45bani Lebana, bani Hagaba, bani Akub, 46bani Hagab, bani Samlai, bani Hanan, 47bani Gidel, bani Gahar, bani Reaya, 48bani Rezin, bani Nekoda, bani Gazam, 49bani Uza, bani Paseah, bani Besai, 50bani Asna, bani Meunim, bani Nefusim, 51bani Bakbuk, bani Hakufa, bani Harhur, 52bani Bazlut, bani Mehida, bani Harsa, 53bani Barkos, bani Sisera, bani Temah, 54bani Neziah, bani Hatifa. 55Keturunan hamba Salomo: bani Sotai, bani Soferet, bani Peruda, 56bani Yaala, bani Darkon, bani Gidel, 57bani Sefaca, bani Hatil, bani Pokheret-Hazebaim, bani Ami. 58Jumlah seluruh hamba Bait Allah dan keturunan hamba Salomo ialah 392 orang. 59Orang yang berikut datang dari Tel-Melah, Tel-Harsa, Kerub, Adan, dan Imer, tetapi mereka tidak dapat menunjukkan bahawa kaum keluarga dan zuriat mereka keturunan daripada bangsa Israel: 60bani Delaya, bani Tobia, bani Nekoda, 652 orang. 61Daripada keturunan imam: bani Habaya, bani Hakos, dan bani Barzilai (orang ini memperisteri seorang anak perempuan Barzilai, orang Gilead itu, lalu dia dinamai menurut nama keluarga itu). 62Mereka ini mencari catatan nama mereka dalam daftar salasilah tetapi tidak menemukannya. Oleh sebab itu mereka dinyatakan cemar untuk jawatan imam. 63APembesar memerintahkan mereka supaya jangan makan daripada persembahan teramat suci sampai ada imam yang memegang Urim dan Tumim. 64Jadi, jumlah seluruh jemaah itu ialah 42,360 orang, 65belum termasuk hamba mereka baik lelaki mahupun perempuan yang berjumlah 7,337 orang. Mereka mempunyai 200 orang penyanyi lelaki dan perempuan. 66Kuda mereka berjumlah 736 ekor, baghal mereka 245 ekor, 67unta mereka 435 ekor, dan keldai mereka 6,720 ekor. 68Sesampainya mereka di Rumah Tuhan, iaitu di Yerusalem, beberapa orang ketua keluarga memberikan persembahan sukarela untuk membina Rumah Allah di tempatnya semula. 69Mereka menyumbangkan sekadar kemampuan mereka untuk perbendaharaan pekerjaan itu sebanyak 61,000 dirham emas, 5,000 mina perak, dan 100 helai tunik imam. 70BMaka imam, bani Lewi, sebahagian daripada rakyat, penyanyi, penjaga pintu gerbang, dan hamba Bait Allah menetap di kota-kota mereka. Semua orang Israel pun menetap di kota mereka.