Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Ezra 1

A A A
Alkitab Versi Borneo

Raja Kores melepaskan orang buangan pulang

1APada tahun pertama zaman pemerintahan Kores, raja Parsi, Tuhan menggerakkan hati Kores, raja Parsi itu, untuk memenuhi firman Tuhan yang disampaikan oleh Yeremia. Lantas raja itu menulis perisytiharan dan menyiarkannya di seluruh kerajaannya. Demikianlah bunyinya:

2B"Beginilah titah Kores, raja Parsi, 'Tuhan, Allah semesta langit, mengurniakan segala kerajaan di bumi kepadaku dan Dia menugaskan aku untuk membina sebuah bait bagi-Nya di Yerusalem, di Tanah Yehuda. 3Sesiapa pun umat-Nya antara kamu, semoga Allahnya menyertainya. Biarlah dia pergi ke Yerusalem di Tanah Yehuda dan membina Bait Tuhan, Allah Israel, Allah yang bersemayam di Yerusalem. 4Setiap umat-Nya yang masih hidup, di mana-mana sahaja dia tinggal sebagai pendatang, hendaklah disokong oleh penduduk setempat dengan perak dan emas, harta benda dan ternakan, di samping persembahan sukarela bagi Rumah Allah di Yerusalem."

5Kemudian ketua keluarga kaum bani Yehuda dan bani Benyamin serta imam dan bani Lewi, iaitu semua orang yang digerakkan hati oleh Allah, bersiap-siaplah untuk pergi dan membina Bait Tuhan di Yerusalem. 6Semua orang di sekitar mereka membantu mereka dengan bekal berupa barang-barang perak dan emas, harta dan ternakan, serta benda-benda berharga, selain segala sesuatu yang dipersembahkan dengan sukarela.

7Raja Kores juga mengeluarkan segala wadah bagi Bait Tuhan yang dahulunya dibawa pergi oleh Nebukadnezar dari Yerusalem dan yang kemudian disimpannya di dalam kuil tuhannya. 8Semuanya dikeluarkan oleh Kores, raja Parsi, melalui Mitredat, bendahara negara, yang menghitungnya lalu diberikan kepada Sesbazar, pembesar bani Yehuda. 9Inilah daftarnya: 30 batil emas,

1,000 batil perak,

29 bilah pisau,

1030 mangkuk emas,

410 mangkuk perak

dan 1,000 wadah jenis lain.

11Jumlah semua wadah emas dan perak itu ialah 5,400 buah. Kesemuanya dibawa oleh Sesbazar ketika orang buangan pulang dari Babel ke Yerusalem.