Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yehezkiel 1

A A A
Alkitab Versi Borneo

Yehezkiel di Babel

1APada tahun ketiga puluh, tepatnya pada hari kelima dalam bulan keempat, ketika aku berada di antara orang buangan di tepi Sungai Kebar, langit terbuka dan aku mendapat penglihatan tentang Allah 2BPada hari kelima bulan itu, dalam tahun kelima tempoh pembuangan Raja Yoyakhin, 3datanglah firman Tuhan kepada Imam Yehezkiel anak Busi di negeri orang Kasdim, di tepi Sungai Kebar. Kuasa Tuhan meliputinya di sana.

Para Malaikat Menopang Arasy Allah

4Ketika kulihat, tampak angin badai datang dari utara membawa awan besar dengan api yang sambar-menyambar. Cahaya mengelilingi awan itu. Di tengah-tengahnya, iaitu di tengah-tengah api itu, ada sesuatu seperti logam yang berkilau-kilauan. 5CDi tengah-tengah api itu pun ada empat susuk makhluk hidup. Beginilah rupa mereka: mereka menyerupai manusia, 6tetapi masing-masing mempunyai empat muka dan masing-masing memiliki empat sayap. 7Kaki mereka lurus dan telapak kaki mereka seperti telapak kaki anak lembu. Kaki mereka itu bergemerlapan seperti gangsa yang digosok. 8Mereka mempunyai sepasang tangan manusia di bawah sayap yang ada pada keempat-empat sisi mereka. Keempat-empatnya mempunyai muka dan sayap, 9dan sayap itu bersentuhan satu sama lain. Mereka tidak berpaling ketika berjalan, masing-masing berjalan lurus ke hadapan.

10DRaut muka keempat-empat makhluk itu adalah seperti ini: muka manusia di sebelah depan, muka singa di sebelah kanan, muka lembu di sebelah kiri, dan muka helang di sebelah belakang.

11Demikianlah muka mereka. Sayap-sayap mereka terbentang ke atas, dua sayap menyentuh sayap makhluk lainnya dan dua sayap lagi menutupi badan mereka. 12Masing-masing berjalan lurus ke hadapan. Ke mana-mana pun Roh hendak pergi, ke sanalah mereka pergi. Mereka tidak berpaling ketika berjalan.

13ESusuk makhluk-makhluk hidup itu kelihatan seperti bara api yang menyala. Sesuatu serupa obor bergerak kian ke mari di antara makhluk hidup itu. Apinya bercahaya dan dari api itu kilat memancar. 14Makhluk-makhluk hidup itu meluru ke sana ke mari serupa kilat.

15FKetika kulihat makhluk-makhluk hidup itu, tampak di atas tanah di samping setiap makhluk hidup itu ada sebuah roda. 16Rupa bentuk roda-roda itu serupa permata topaz, seolah-olah roda yang satu berada di tengah-tengah roda yang lain; keempat-empatnya sama wujudnya. 17Roda-roda itu dapat bergerak ke arah mana-mana pun dari keempat-empat arah yang ada, tanpa berpaling ketika bergerak. 18GLingkar roda-roda itu tinggi dan menakjubkan. Sekeliling keempat-empat lingkar itu penuh dengan mata. 19Ketika makhluk-makhluk hidup itu berjalan, roda-roda itu pun berjalan di samping mereka. Ketika makhluk-makhluk hidup itu terangkat dari atas tanah, roda-roda itu pun terangkat. 20Ke mana-mana pun Roh itu hendak pergi, ke sanalah mereka pergi mengikuti Roh itu. Roda-roda itu terangkat bersama-sama mereka, kerana roh makhluk-makhluk hidup itu ada di dalam roda-roda itu. 21Ketika makhluk-makhluk itu berjalan, roda-roda itu pun berjalan. Ketika makhluk-makhluk itu berhenti, roda-roda itu pun berhenti. Ketika makhluk-makhluk itu terangkat dari atas tanah, roda-roda itu pun terangkat bersama-sama mereka, kerana roh makhluk-makhluk hidup itu ada di dalam roda-roda itu.

22HDi atas kepala makhluk-makhluk hidup itu terbentang suatu wujud cakerawala serupa hablur ais yang menakjubkan. 23Di bawah cakerawala itu sayap mereka terkembang lurus, yang satu menyinggung yang lain, dan masing-masing mempunyai dua sayap yang menutupi tubuh mereka. 24IKetika mereka berjalan, bunyi sayap mereka kudengar seperti bunyi air bah, seperti suara Yang Maha Kuasa. Bunyinya riuh seperti bunyi sebuah pasukan. Ketika mereka berhenti, sayap mereka diturunkan. 25Kemudian terdengarlah suara dari atas cakerawala yang terbentang di atas kepala mereka, ketika mereka berhenti dengan sayap diturunkan.

26JDi atas cakerawala yang terbentang di atas kepala mereka itu ada suatu wujud arasyi serupa batu nilam, dan pada wujud arasy itu ada susuk yang kelihatan seperti manusia, menjulang di atasnya. 27KDaripada bahagian yang menyerupai pinggangnya sampai ke atas kulihat sesuatu serupa logam berkilau-kilauan, sesuatu seperti api yang ditudungi sekelilingnya. Dari bahagian yang menyerupai pinggangnya sampai ke bawah kulihat sesuatu seperti api yang dikelilingi cahaya. 28Seperti pelangi yang tampak di awan pada musim hujan, demikianlah rupa cahaya yang mengelilinginya. Itulah rupa wujud kemuliaan Tuhan. Ketika aku melihatnya, aku bersujud. Lalu kudengar suara Dia yang berfirman.