Alkitab Versi Borneo |
1Daripada Paulus, rasul Kristus Yesus, dengan perintah Allah Penyelamat kita dan Kristus Yesus, harapan kita, 2AKepada Timotius, anak sejatiku dalam iman: Semoga Allah Bapa dan Kristus Yesus Tuhan kita menganugerahimu kasih kurnia, belas kasihan dan kesejahteraan. Peringatan terhadap guru sesat 3Sebagaimana telah kutegaskan kepadamu ketika aku bertolak ke Makedonia, supaya kamu tinggal di Efesus untuk memerintahkan beberapa orang berhenti daripada menyebarkan ajaran sesat, 4mendengar cerita dongeng dan salasilah yang panjang. Semua itu hanya menimbulkan pertengkaran dan tidak membawa ke jalan Allah yang berasaskan iman. 5Tujuan perintah ini ialah kasih yang datang daripada hati yang suci, hati nurani yang bersih dan iman yang ikhlas. 6Sesetengah mereka telah menyimpang daripadanya dan berpaling kepada perbincangan yang sia-sia. 7Mereka hendak menjadi guru hukum, tetapi mereka tidak memahami apa yang dikatakan mereka dan hal-hal yang ditegaskan mereka dengan begitu yakin. 8Tetapi kita tahu bahawa hukum adalah baik jika digunakan dengan betul. 9Kita tahu bahawa hukum diadakan bukan untuk orang yang benar, tetapi untuk orang yang hidup berleluasa dan ingkar, untuk orang yang tidak taat akan Allah dan yang berbuat dosa, untuk orang yang tidak salih dan yang mengutamakan dunia, untuk pembunuh ibu bapa sendiri, serta untuk semua pembunuh. 10Selain itu juga untuk pencabul, untuk pemburit, untuk penculik, untuk pendusta, untuk saksi palsu, dan untuk orang yang melakukan apa sahaja yang bertentangan dengan ajaran benar yang 11berasaskan Injil mulia Allah Yang Terpuji. Injil inilah yang diamanahkan kepadaku untuk disampaikan. Kasih kurnia Allah terhadap Paulus 12Aku bersyukur kepada Kristus Yesus, Tuhan kita, yang telah menguatkanku, kerana Dia menganggapku setia, lalu memberiku tugas itu, 13Bwalaupun dahulu aku seorang yang kufur, menganiaya dan ganas. Namun demikian, aku dikasihani-Nya kerana aku telah melakukan semuanya itu ketika aku jahil dan tidak beriman. 14Tuhan kita melimpahkan kasih kurnia-Nya kepadaku, dengan iman dan kasih dalam Kristus Yesus. 15Pernyataan ini benar dan harus diterima sepenuhnya: Kristus Yesus datang ke dunia untuk menyelamatkan orang yang berdosa – akulah orang yang paling berdosa. 16Namun demikian, justeru itulah aku dikasihani, supaya Yesus Kristus dapat menunjukkan kesabaran-Nya yang tidak terhingga, sebagai contoh kepada orang yang akan beriman kepada-Nya untuk hidup kekal. 17Penghormatan dan kemuliaan selama-lamanya kepada Raja segala zaman, Allah yang kekal, yang tidak dapat dilihat, dan yang esa. Amin. 18Perintah ini kuamanahkan kepadamu, anakku Timotius, menurut apa yang telah dinubuatkan tentangmu, supaya dengan mematuhinya, kamu akan perjuangkan perjuangan mulia ini, 19sambil berpegang kepada iman dan hati nurani yang bersih. Ada yang membelakanginya lalu memusnahkan iman mereka. 20Antaranya ialah Himeneus dan Aleksander,i yang kuserahkan kepada Iblis supaya mereka insaf daripada mengkufuri Allah.