Alkitab Versi Borneo |
Salasilah Benyamin 1Anak-anak Benyamin: Bela, anak yang sulung; Asybel, anak kedua; Ahrah, anak ketiga; 2Noha, anak keempat; dan Rafa, anak kelima. 3Anak-anak Bela: Adar, Gera, Abihud, 4Abisua, Naaman, Ahoah, 5Gera, Sefufan, dan Huram. 6Inilah anak-anak Ehud (mereka inilah ketua kaum keluarga penduduk Geba yang telah dibuang ke Manahat): 7Naaman, Ahia, dan Gera, yang membuang mereka. Gera beranakkan Uza dan Ahihud.
8Saharaim mempunyai anak di daerah Moab, setelah dia mengusir Husim dan Baara, isteri-isterinya. 9Kemudian daripada Hodes, isterinya, dia beranakkan Yobab, Zibya, Mesa, Malkam, 10Yeus, Sokhya, dan Mirma. Itulah para anaknya, para ketua kaum keluarga. 11Anaknya daripada Husim ialah Abitub dan Elpaal. 12Anak-anak Elpaal: Eber, Misam, dan Semed, yang membina Ono dan Lod dengan kampung-kampungnya. 13Selanjutnya Beria dan Sema, iaitu ketua kaum keluarga penduduk Ayalon yang menghalau penduduk Gat. 14Ahio, Sasak, Yeremot, 15Zebaja, Arad, Eder, 16Mikhail, Yispa, dan Yoha ialah anak-anak Beria. 17Zebaja, Mesulam, Hizki, Heber, 18Yismerai, Yizlia, dan Yobab ialah anak-anak Elpaal. 19Yakim, Zikhri, Zabdi, 20Elyoenai, Ziletai, Eliel, 21Adaya, Beraya, dan Simrat ialah anak-anak Simei. 22Yispan, Eber, Eliel, 23Abdon, Zikhri, Hanan 24Hananya, Elam, Antotia, 25Yifdeya, dan Penuel ialah anak-anak Sasak. 26Samserai, Seharya, Atalya, 27Yaaresya, Elia, dan Zikhri ialah anak-anak Yeroham. 28Itulah para ketua kaum keluarga menurut keturunan mereka, kalangan yang terkemuka. Mereka ini tinggal di Yerusalem. Keturunan Raja Saul 29Di Gibeon tinggallah bapa Gibeon, iaitu Yeiel. Nama isterinya ialah Maakha. 30Anak sulungnya ialah Abdon dan seterusnya Zur, Kish, Baal, Nadab, 31Gedor, Ahio, Zekher, 32dan Miklot yang beranakkan Simea. Mereka juga tinggal berdekatan dengan saudara-saudara mereka di Yerusalem bersama-sama para saudara mereka yang lain. 33Ner beranakkan Kish. Kish beranakkan Saul. Saul beranakkan Yonatan, Malkisua, Abinadab, dan Esybaal. 34Anak lelaki Yonatan ialah Meribaal dan Meribaal beranakkan Mikha. 35Anak-anak Mikha ialah Piton, Melekh, Tarea, dan Ahas. 36Ahas beranakkan Yoada dan Yoada beranakkan Alemet, Azmawet, serta Zimri, dan Zimri beranakkan Moza. 37Kemudian turun-temurun Moza ialah Bina, Rafa, Elasa, Azel. 38Azel mempunyai enam orang anak lelaki. Inilah nama mereka: Azrikam, Bokhru, Ismael, Searya, Obaja, dan Hanan. Itulah kesemua anak Azel. 39Anak-anak Esek, saudara Azel: Ulam, anak sulung; Yeus, anak kedua; dan Elifelet, anak ketiga. 40Anak-anak Ulam ialah kesateria yang gagah perkasa dan pemanah. Mereka mempunyai ramai anak dan cucu yakni seramai 150 orang. Itulah semua keturunan Benyamin.