Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Kamus Perincian

Doa

Percakapan dengan Allah (1Tes 5:17). Doa boleh dilafazkan kepada Allah (Mat 6:9-13) yang lebih mementingkan sikap hati daripada kata-kata (Mzm 62:8). Yang penting bukanlah panjangnya doa atau kedudukan jasmani semasa berdoa, tetapi keikhlasan dalam doa (Mat 6:5-8; Luk 18:10-14). Kita boleh berlutut semasa berdoa (Ef 3:14), berdiri (Mrk 11:25), atau bersujud (Mat 26:39).