Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Kamus Perincian

Anak Allah

Gelaran yang merujuk kepada Yesus, tetapi jarang-jarang digunakan oleh diri-Nya sendiri. Namun demikian, gelaran itu diakui Yesus apabila pihak lain memanggil-Nya dengan ungkapan itu (Mat 4:1-9, 26:63). Rangkai kata lain yang setara ialah

Allah kadangkala merujuk kepada Yesus sebagai Anak-Nya dan Yesus sering merujuk kepada Allah sebagai Bapa-Nya. Perkataan dan harus difahami secara rohani, bukan secara jasmani kerana Allah ialah Roh. Yesus tidak mempunyai bapa jasmani, tetapi dilahirkan oleh Maria yang masih dara (Luk 1:35).

Gelaran Anak Allah ada kaitan dengan dua gelaran Yesus yang lain, iaitu Firman Allah (Yoh 1:1,14; 1Yoh 1:1-2) dan juga Kristus (Mat 16:16). Seorang anak itu bercakap dan bertindak bagi pihak ayah. Sebagai Firman Allah, Yesus bercakap bagi pihak Allah, membawa kata-kata yang penuh dengan kebenaran dan kasih kurnia (Yoh 1:14). Sebagai Kristus, Yesus bertindak bagi pihak Allah, membawa \bd Kerajaan Allah\bd* kepada umat-Nya (Mat 4:17). Dalam cara-Nya yang tersendiri, Yesus Kristus memperlihatkan Allah sehingga Yesus berkata kepada pengikut-Nya, <> (Yoh 14:5-14). Pengikut Yesus Kristus yang sejati mengakui Dia satu-satunya Anak Allah (Yoh 20:31).