Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Lagu Doa 'Bapa Kami' Bakal Dilancarkan

Thu 25 Jun 2020 || 00:44:AM

Oleh admin@borneosabda.org

'The Lord's Prayer' adalah antara lagu Inggeris paling popular. Bagi kali pertama, lagu ini akan digubah dalam Bahasa Malaysia. 

Pasukan #MYWorshipCollective telah menyahut cabaran untuk mengubah lagu Doa 'Bapa Kami' dalam Bahasa Malaysia supaya Gereja Malaysia dapat menggunakannya.

Banner Launch #MYWorshipCollective

 

Lagu baru ini akan dilancarkan kepada orang ramai di YouTube. Mari kita bersama-sama menyokong lagu ini pada 1 Julai 2020 pukul 8:30 malam di saluran Youtube ini:-
   

    https://youtu.be/F24aP1Vh4Hc  

 

Latar Belakang

Untuk sekian lama, doa 'Bapa Kami' yang ada dalam Alkitab (Matius 6:9-13) mengajar kita untuk berdoa. Petikan ini menjadi suatu pengajaran yang penting di gereja di mana pelbagai pelayanan menggunakannya – sama ada untuk pengajian Alkitab, pengajaran sekolah minggu mahupun lafazan ketika beribadah. Petikan ini juga menjadi doa asas kepada mereka yang tidak mengenali Tuhan dan ingin berdoa kepada Maha Kuasa untuk membantu mereka dalam kehidupan.

Terdapat banyak variasi dan lagu untuk doa 'Bapa Kami' di dalam dunia. Yang sering digunakan oleh gereja Bahasa di Malaysia adalah versi Indonesia di mana banyak perkataan negara jiran digunakan. Ini mungkin menyukarkan pemahaman untuk petikan Firman ini. Ramai yang tertanya-tanya bilakah Malaysia akan mempunyai versi lagu ini dalam Bahasa Melayu.

Bagi produser yang mengendalikan produksi lagu ini, Gina Yap Lai Yoong, lagu Doa 'Bapa Kami' yang bakal dilancarkan pada 1 Julai 2020 adalah tepat dan sesuai untuk masa keemasan ini. Lagu ini diberi oleh Tuhan tepat pada waktunya kepada Malaysia supaya kita sebagai anak-anak Malaysia boleh menyembah-Nya dalam bahasa kebangsaan kami. Lagu baru ini juga dapat digunakan menerusi pelbagai program dan acara supaya kita lebih rapat dengan Tuhan dalam perjalanan roh kita. 

Doa 'Bapa Kami'  (Lirik Rasmi)

"Pelbagai bahan akan disediakan untuk membolehkan gereja-gereja menggunakan lagu ini dalam pengajaran doa 'Bapa Kami'. Antaranya termasuklah perkongsian carta dan skor lagu, bahan aktiviti mewarna untuk kanak-kanak dan akses kepada lagu menerusi lebih daripada 20 platform audio digital," kata Gina Yap. "Tim pelayanan kami berharap lagu ini akan menjadi berkat kepada negara dan seluruh dunia."

Renungan Harian bagi Doa 'Bapa Kami'

Bersempena dengan pelancaran lagu baru Doa ‘Bapa Kami’ ini, Pastor Eddy Yasir juga telah menyediakan renungan harian bersiri untuk 3 hari untuk mengenangi peristiwa istimewa ini. Siri ini disediakan menerusi aplikasi YouVersion (sila dapatkannya di aplikasi Google Play Store) yang digunakan oleh orang Kristian.

Renungan Siri 3 Hari di Aplikasi YouVersion

Santapan seharian Firman Tuhan adalah penting dalam kehidupan kita sebagai anak Tuhan. Semoga Tuhan menyediakan hati dan roh kita untuk lagu baru yang bakal dilancarkan!

Dapatkanlah renungan harian ini melalui pautan ini:

https://www.bible.com/reading-plans/20478-doa-bapa-kami

 

Tayangan Perdana pada 1hb Julai 2020

Jangan lupa menyertai kami bersama-sama pada 1 Julai 2020 8:30pm di saluran YouTube: https://youtu.be/F24aP1Vh4Hc  

 

Hasil kerjasama erat Borneo Sabda bersama #MYWorshipCollective 

Untuk perkembangan lanjut mengenai lagu baru Doa 'Bapa Kami', sila ikuti #MYWorshipCollective di laman Facebook (www.facebook.com/MYWorshipCollective).