Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Pengguna Awal AVB di Bandar Ipoh

Mon 28 Aug 2017 || 18:13:PM

Oleh admin@borneosabda.org

Pengguna Awal AVB di Bandar Ipoh 

Dilaporkan oleh: Rev. Richard Leow Kok Khuen

Pada tahun 2017 ini, kami membuat suatu keputusan demi masa depan anak-anak kami yang lebih fasih dalam Bahasa Malaysia daripada Bahasa Indonesia - kami menggunakan Alkitab Versi Borneo.

Jemaah BM, Gereja Methodist Canning Garden, Ipoh, Perak terdiri daripada berbagai-bagai kaum. Sudah sekian lama, ahli-ahli kami yang terdiri daripada suku kaum Orang Asli Sengoi, suku-suku bangsa Sabah dan Sarawak, kaum Cina, kaum India serta warga Indonesia bersama-sama beribadat dengan menggunakan Alkitab Bahasa Indonesia.

Pada tahun 2017 ini, kami telah membuat suatu keputusan demi masa depan anak-anak kami yang lebih fasih dalam Bahasa Malaysia daripada Bahasa Indonesia - kami menggunakan Alkitab Versi Boneo. 

Setiap Ahad sejak bulan Januari, panggilan ibadat, pengucapan doa bapa kami, tulisan dalam buletin kebaktian mingguan, pembacaan firman Allah dan penyampaian khutbah, semuanya mengunakan teks AVB.

Pada hujung tahun 2016, kami telah menempah 5 kotak AVB saiz biasa dan 3 kotak AVB saiz kecil untuk dijual kepada semua ahli jemaah. Tindakan ini dirasakan penting supaya kami mempunyai bekalan yang cukup di Gereja untuk dijual pada bila-bila waktu dan kepada siapa-siapa ahli jemaah yang memerlukannya.

Belia kami berasa AVB lebih mudah difaham. Mereka juga berpendapat mereka benar-benar dipedulikan kerana satu bahasa Alkitab diterjemahkan sesuai bagi mereka. Semua kelas penyelidikan Alkitab kami, kursus-kursus latihan, program kelompok sel kini mengunakan AVB.

 

Memang pada mulanya, kami kurang biasa dengan teks AVB tetapi lama-kelamaan hal itu tidak menjadi masalah lagi. Demi masa depan jemaah dan demi menjiwai semangat perpaduan sebagai satu bangsa, kami perlu menekankan pengunaan AVB. Pada masa yang sama, Gereja Malaysia harus tersedia untuk menampung ahli-ahli mereka yang lebih memahami bahasa yang digunakan dalam AVB.

Kami mendoakan semoga semua jemaah Malaysia menggunakan AVB dengan meluas. Versi di Aplikasi (Apps) telefon bimbit juga senang digunakan. Kami juga menggunakan apps tersebut apabila kami perlu mendalami pemahaman firman Tuhan.

 Rev. Richard, Bahasa Church in Ipoh