Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Memperkatakan Firman Tuhan

Sat 01 Jun 2019

Oleh admin@borneosabda.org

Memperkatakan Firman Tuhan

Matius 18:18  “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, apa yang kamu ikat di dunia akan diikat di syurga, dan apa yang kamu uraikan di dunia akan diuraikan juga di syurga.”

MANFAAT MEMPERKATAKAN ALKITAB BAGI KESIHATAN dari kita untuk kita.

Rencana sumbangan drp:  Pendeta Ong  

 

Sebuah kaji selidik yang dilakukan di Klinik Besar Florida, USA, berjaya menunjukkan wujudnya perubahan fisiologis yang sangat besar hanya melalui pendengaran bacaan Alkitab dengan baik. Salah satu kesannya ialah penangkalan berbagai macam penyakit. Hal tersebut dikuatkan lagi oleh penemuan yang diterbitkan oleh Universitas Boston.

 

Ketika kita berdoa, adalah disarankan agar kita bersuara secara khusus untuk diri sendiri dan terdengar oleh telinga kita sendiri.  Berikut ialah penjelasannya: Setiap sel di dalam tubuh kita bergetar di dalam sebuah sistem yg saksama, dan perubahan sekecil apapun dalam getaran ini akan menimbulkan potensi penyakit di berbagai bagian tubuh...

 

Sel-sel yang rosak ini harus digetarkan kembali utk mengembalikan keseimbangan-nya. Matlamat itu boleh dicapai dengan suara. Maka muncullah TERAPI SUARA yang ditemukan oleh Dr. Alfred Tomatis, seorang doktor di Perancis. Dalam penemuannya, doktor mendapati bahawa MEMBACA ALKITAB DENGAN BERSUARA berpotensi memberikan pengaruh yang luar biasa terhadap sel-sel otak untuk mengembalikan keseimbangannya. Penelitiannya membuktikan sel kanser dapat dihancurkan dengan menggunakan FREKUENSI SUARA.

 

Lebih-lebih lagi, doktor menelitibahawa Membaca Alkitab mempunyai kesan yang besar terhadap proses penyembuhan penyakit sedahsyat kanser. Virus dan kuman berhenti bergetar apabila ayat-ayat Alkitab dibaca dan pada masa yang sama, sel sihat menjadi aktif.

Keadaan yang terganggu sebelumnya dapat dikembalikan keseimbangannya.

 

Dan yang lebih menggalakkan adalah saranan supaya seseorang itu lebih rajin dan aktif dalam membaca Alkitab, kerana menurut kaji selidik itu:

 

"SUARA YANG MEMILIKI PENGARUH PALING KUAT TERHADAP SEL-SEL TUBUH ADALAH SUARA SI PEMILIK TUBUH ITU sendiri".

 

Selanjutnya, mengapakah amalan doa bersama-sama lebih disyorkan?

 

Sebabnya dengan suara doa-doa yang diucapkan dengan lantang, sehingga terdengar oleh telinga sendiri, keaedah ini berupaya mengembalikan sistem yang semakin dirosakkan sepanjang hari.

 

Kemudian, mengapakah mendengarkan lagu hingar-bingar tidak digalakkan dalam persekitaran Kristian?

 

Sebabnya kaji selidik itu membuktikan bahawa bunyi yang bising sekali menyebabkan tubuh yang tidak seimbang.


Kemudian kesimpulannya ialah:

1. Baca Alkitab pada waktu pagi dan petang sebelum tidur untuk memulihkan sistem badan kepada normal.

 

2. Elakkan mendengar muzik yang hingar bingar; gantikan sahaja dengan lagu-lagu rohani yang jelas mempunyai kesan penyembuhan.

 

Siapa tahu kita mempunyai potensi untuk terjangkit dengan kanser, tetapi kerana kita mendengar lagu-lagu rohani dengan tekun, penyakit ini dapat dimusnahkan sebelum dikesan.

 

3. Meningkatkan tabiat membaca Alkitab (baca dengan baik, tenang & bersuara), kerana bunyi suara kita sendiri adalah yang paling berkesan dalam penyembuhan.

 

Tetaplah bersemangat dalam membaca & memperkatakan firman Tuhan dalam Alkitab.