Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Peliharalah Perkara Baik (2 Tim 1:14)

Wed 30 Nov 2016

Oleh admin@borneosabda.org

Soal Jawab tentang 2 Tim 1:14

  • Apa itu "perkara baik" ?

  • Macam mana kita harus "memeliharanya"?

  • Bagaimana dengan peranan Roh Kudus dalam hal memeliharakan perkara baik ini?

 

RESPONS:

1) Perkara Baik (2 Tim 1:14)

Daripada 2 Tim 1:3-14, Paulus menyebutkan pertama tentang iman Timotius, kemudian tentang kurnianya, dan terus menasihati Timotius berkaitan dengan kurnia itu:

 (i) Paulus mengingatkan Timotius supaya menggerakkan kurnia itu, yang sudah ada di dalam dirinya melalui penumpangan tangan Paulus (ay 6).  Ini bererti kurnia itu telah diperolehi Timotius melalui pengurapan Roh Kudus apabila Paulus menumpangkan tangan di atas Timotius dengan doa. Tentu Paulus mendapati bahawa kurnia Timotius pun sudah dingin, dan perlu "diaktifkan" semula.

 (ii) Paulus membandingan kurnia Timotius dengan kurnia yang telah ditugaskan kepadanya untuk menjadi seorang pemberita Injil, rasul, dan guru (ay 11).  Kemudian di ayat 14, Paulus mendorong Timotius supaya memelihara "perkara baik... dalam diri kita". Perkataan "kita" menunjukkan bahawa perkara baik itu ada pada Timotius and juga Paulus, iaitu kurnia yang "diamanahkan" melalui pengurapan Roh Kudus.  Lagi pun, ekspresi την καλην παραθηκην (teyn kaleyn paratheykeyn, amanah baik itu) di ay 14 menunjukkan bahawa perkara itu pernah disebut sebentar tadi ("kurnia Allah" di ay 6) dalam konteks pembahasan ini.

 

 2 Tim 1:14 (AVB)

 

2) Pelihara (2 Tim 1:14)

Perkataan φυλαξον (phulasson) bererti "menjaga sesuatu supaya tidak hilang dan sentiasa dalam keadaan baik. AVB (2 Tim 1:14)  ... "pelihara".  Paulus memberi nasihat kepada Timotius sebagai suatu arahan, iaitu untuk memelihara kurnia atau perkara baik itu. Ini bermakna Timotius harus menajamkan kurnia itu dan menggunakannya sentiasa, supaya tidak terbiar dan dingin.

3) Peranan Roh Kudus (2 Tim 1:14)

...δια πνευματος αγιου του ενοικουντος εν ημιν "…dengan Roh Kudus yang berada dalam diri kita" (AVB). 

Timotius dan Roh Kudus mempunyai peranan yang sama iaitu dalam pemeliharaan perkara baik tersebut. Lain kata... Timotius harus memeliharakan kurnia yang sudah dipercayakan kepadanya dengan memastikan kurnia itu aktif, dengan pertolongan pekerjaan Roh Kudus.  Apabila seorang penyelia menggerakkan kurnianya, Roh Kudus pasti ada di situ untuk memberi kuasa.  NIV menyatakan peranan di dua pihak ini dengan terjemahan, "Guard the good deposit that was entrusted to you -- guard it with the help of the Holy Spirit who lives in us."

____________________

Pdt. Herb, LAB Network

 30 Nov 2016