Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Lukas 24

A A A
Alkitab Versi Borneo
28Apabila mereka menghampiri kampung yang dituju mereka itu, Yesus kelihatan seolah-olah Dia hendak meneruskan perjalanan. 29Tetapi kedua-dua orang itu menjemput-Nya dengan berkata, "Bermalamlah dengan kami kerana hari hampir senja dan mulai gelap." Dia pun masuk ke rumah dan bermalam dengan mereka. 30Ketika Dia duduk untuk makan bersama mereka, Dia mengambil roti dan mengucap syukur. Dia membahagikan roti itu lalu memberikannya kepada mereka. 31Pada ketika itu juga mata mereka dicelikkan dan mereka pun mengenali Dia. Lalu Dia lenyap daripada pandangan mereka. 32Mereka berkata satu sama lain, "Bukankah hati kita meluap-luap ketika Dia berkata-kata kepada kita dalam perjalanan tadi dan semasa Dia menerangkan Kitab Suci kepada kita?"

33Mereka terus bangun dan kembali ke Yerusalem. Mereka mendapati sebelas murid itu berkumpul dengan pengikut yang lain. 34Mereka berkata, "Sesungguhnya, Tuhan telah bangkit. Dia menampakkan diri-Nya kepada Simon!"

35Lalu kedua-dua orang itu menceritakan apa yang telah berlaku dalam perjalanan mereka dan bagaimana mereka telah mengenali Yesus semasa Dia membahagikan roti.