Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Keluaran 7

A A A
Alkitab Versi Borneo
8TUHAN berfirman kepada Musa dan Harun demikian, 9"Apabila Firaun berkata kepada kamu begini, 'Tunjukkanlah suatu mukjizat, maka haruslah kamu katakan kepada Harun, 'Ambillah tongkatmu dan campakkanlah di hadapan Firaun, kemudian tongkat itu akan menjadi ular." 10Maka pergilah Musa dan Harun menghadap Firaun, lalu mereka melaksanakan apa yang diperintahkan oleh TUHAN. Harun mencampakkan tongkatnya di hadapan Firaun dan di hadapan para pegawainya, lalu tongkat itu menjadi ular. 11Kemudian Firaun memanggil orang berilmu serta para ahli sihir. Mereka, iaitu para ahli ilmu sihir Mesir itu, menggunakan ilmu mereka lalu turut membuat perkara yang sama. 12Masing-masing mencampakkan tongkatnya, lalu tongkat-tongkat itu menjadi ular. Tetapi tongkat Harun menelan tongkat-tongkat mereka.