Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yohanes 6

A A A
Alkitab Versi Borneo
47Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, orang yang percaya mendapat hidup yang kekal. 48Akulah roti hidup. 49Nenek moyangmu makan manna di gurun, tetapi mereka mati juga. 50Inilah roti yang turun dari syurga. Orang yang makan roti ini tidak akan mati. 51Akulah roti hidup yang turun dari syurga. Orang yang makan roti ini akan hidup kekal. Roti yang akan Kuberikan untuk hidup manusia di dunia ini ialah tubuh-Ku."

Kata-kata untuk murid Yesus

60Antara murid yang mendengar kata-kata-Nya itu, ramai yang berkata, "Ajaran ini terlalu susah difahami. Siapakah yang dapat menerimanya?"

61Yesus tahu tanpa diberitahu akan rungutan murid-murid-Nya. Lalu Dia berkata kepada mereka, "Adakah perkara ini menyebabkan kamu enggan percaya? 62Bagaimana nanti kalau kamu melihat Anak Manusia naik semula ke tempat asal-Nya? 63Hanya Roh Kudus memberi hidup. Tubuh tidak ada faedahnya. Apa yang Kukatakan kepadamu ini datang daripada Roh Kudus dan memberi hidup. 64Sungguhpun begitu, sebilangan daripadamu tidak percaya." (Yesus mengetahui dari mulanya siapa yang enggan percaya dan siapa yang akan mengkhianati-Nya.) 65Yesus berkata lagi, "Maka itulah sebabnya Aku berkata kepadamu, tiada seorang pun dapat datang kepada-Ku kecuali dengan keredaan Allah."

Pengakuan Petrus

66Selepas itu, ramai murid Yesus menjauhkan diri dan tidak lagi mengikut-Nya.