Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yohanes 18

A A A
Alkitab Versi Borneo
15Simon Petrus dan seorang murid lain ikut serta apabila Yesus dibawa pergi. Oleh sebab murid lain ini dikenali oleh imam besar, dia masuk bersama Yesus ke halaman rumah imam besar. 16Petrus menanti di luar, di hadapan pintu. Sejurus kemudian, murid lain yang mengenal imam besar itu keluar semula, bercakap dengan hamba perempuan yang menjaga pintu, lalu membawa Petrus masuk. 17Kemudian hamba perempuan penjaga pintu itu berkata kepada Petrus, "Bukankah kamu seorang daripada murid orang itu?"

Petrus menjawab, "Bukan."

18Hamba dan pegawai berdiri di situ setelah menyalakan api kerana pada masa itu hawa sejuk. Mereka sedang berdiang di situ. Petrus pun berdiri di situ dan berdiang bersama mereka.

Petrus menyangkal Yesus

25Simon Petrus masih berdiri berdiang. Maka orang di situ bertanya kepadanya, "Bukankah kamu seorang daripada murid orang itu?" Petrus menjawab, "Bukan!"

26Seorang daripada hamba imam besar ada di situ. Dia saudara kepada hamba yang ditetak putus telinganya oleh Petrus. Dia berkata kepada Petrus, "Bukankah kamu yang kulihat di taman itu bersama-Nya?"

27Petrus menyangkal-Nya lagi, dan sejurus selepas itu, ayam berkokok.