Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yohanes 13

A A A
Alkitab Versi Borneo
31Setelah Yudas pergi, Yesus berkata, "Sekarang Anak Manusia dimuliakan, dan Allah dimuliakan melalui-Nya. 32Jika Allah dimuliakan melalui Dia, Allah pun akan memuliakan Dia dalam diri-Nya segera. 33AAnak-anak-Ku, Aku tidak akan lama lagi bersamamu. Kamu akan mencari-Ku, tetapi apa yang telah Kukatakan kepada orang Yahudi kini Kukatakan kepadamu juga, 'Ke mana Aku pergi, kamu tidak dapat ikut.' 34BInilah perintah baru yang Kuberikan kepadamu: Kasihilah satu sama lain. Sebagaimana Aku telah mengasihimu, kasihilah sesama sendiri. 35Daripada sikapmu yang saling mengasihi itu, semua orang akan tahu bahawa kamu murid-Ku."