Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yeremia 9

A A A
Alkitab Versi Borneo

Mengenal Allah kebahagiaan manusia

23Beginilah firman Tuhan, "Janganlah orang bijak bermegah kerana kebijaksanaannya,

janganlah orang kuat bermegah kerana kekuatannya,

janganlah orang kaya bermegah kerana kekayaannya,

24Atetapi sesiapa yang hendak bermegah, biarlah dia bermegah kerana hal ini:

bahawa dia memahami dan mengenal Aku,

bahawa Akulah Tuhan, yang menunjukkan kasih abadi,

keadilan, dan perbenaran di bumi.

Sesungguhnya, hal-hal itulah yang Kusukai," demikianlah firman Tuhan.

25"Lihatlah, waktunya akan datang," demikianlah firman Tuhan, "bahawa Aku menghukum semua orang yang dikhatankan kulitnya sahaja, 26iaitu orang Mesir, orang Yehuda, orang Edom, bani Amon, orang Moab, dan semua penghuni di gurun yang memotong tepi rambut. Semua bangsa itu sebenarnya tidak bersunat, bahkan hati seluruh keturunan kaum Israel pun tidak bersunat."