Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Roma 8

A A A
Alkitab Versi Borneo

Kehidupan melalui Roh

1Dengan demikian, sekarang tidak ada hukuman bagi orang yang ada dalam Kristus Yesus. 2Kerana melalui Kristus Yesus hukum Roh kehidupan telah membebaskanku daripada hukum dosa dan kematian. 15ABKerana kamu bukanlah menerima Roh yang menyebabkan kamu diperhamba lagi oleh ketakutan, tetapi telah menerima Roh yang menjadikanmu anak Allah. Dan dengannya kita berseru, "Abba, Bapa." 16Roh itu sendiri memberikan kesaksian dengan roh kita bahawa kita anak Allah. 17Jika kita anak, maka kita waris-waris Allah, waris bersama dengan Kristus, jika kita benar-benar berkongsi penderitaan-Nya supaya dapat berkongsi kemuliaan-Nya kelak.