Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Roma 13

A A A
Alkitab Versi Borneo

Kasih-mengasihi

8Jangan berasa terhutang apa-apa kepada sesiapa pun kecuali kasih-mengasihi, kerana seseorang yang mengasihi sesama manusia telah memenuhi hukum; 9Ekerana perintah-perintah, "Jangan berzina", "Jangan membunuh", "Jangan mencuri", "Jangan ingini milik orang lain" dan perintah-perintah yang lain adalah terangkum dalam perintah ini, "Kasihilah sesama manusia sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri." 10Kasih tidak berbuat jahat kepada sesama manusia. Oleh itu, kasih memenuhi hukum.

11Kamu tahu bahawa sudah sampai waktunya kamu bangun dari tidur, kerana kini penyelamatan lebih dekat lagi kepada kita daripada dahulu, ketika kita baru beriman. 12Malam sudah hampir berlalu, dan siang hampir tiba. Oleh itu, lucutkanlah segala kerja kegelapan dan kenakan kelengkapan senjata cahaya. 13Ikutlah tingkah laku yang wajar, sebagaimana orang berjalan pada siang hari. Jangan berpesta liar dan mabuk, jauhi noda dan pencabulan, singkirkan pergaduhan dan iri hati. 14Kenakan Tuhan Yesus Kristus sebagai kelengkapan senjata dan jangan hidup mengikut sifat tabii untuk memuaskan hawa nafsu.