Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Roma 15

A A A
Alkitab Versi Borneo
4Segala yang tersurat pada masa dahulu adalah untuk menjadi pengajaran kepada kita, supaya melalui kesabaran dan penghiburan daripada Kitab Suci itu kita mendapat harapan. 5Semoga Allah yang memberikan kesabaran dan galakan, mengurniaimu perpaduan yang sama terhadap satu sama lain, menurut Kristus Yesus. 6Dengan demikian dapatlah kamu dengan sebulat hati dan suara memuliakan Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus.

7Terimalah satu sama lain, sebagaimana Kristus telah menerima kita, demi kemuliaan Allah. 8Sekarang aku berkata kepadamu bahawa Yesus Kristus telah menjadi hamba kepada umat yang bersunat demi kebenaran Allah, untuk meneguhkan janji yang telah dibuat kepada nenek moyang kita, 9Adan supaya bangsa-bangsa lain juga memuliakan Allah kerana belas kasihan-Nya, sebagaimana telah tersurat: "Kerana itulah Aku akan memuliakan-Mu dalam kalangan bangsa lain,

menyanyikan pujian bagi nama-Mu."

10BSeterusnya dikatakan lagi:

"Bergembiralah, semua bangsa, bersama umat-Nya!"

11CKemudian, "Pujilah Tuhan, hai semua bangsa!

Pujilah Dia, hai kamu semua manusia!"

12DYesaya menyampaikan juga: "Tunas Isai akan muncul;

Dialah yang bangkit memerintah bangsa-bangsa,

kepada-Nyalah bangsa-bangsa akan menaruh harapan."

13Semoga Allah, sumber harapan, memenuhi hatimu dengan kegembiraan dan kesejahteraan dalam iman, supaya kamu dilimpahi harapan dengan kuasa Roh Kudus.