Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Ratapan 3

A A A
Alkitab Versi Borneo

Betapa besarnya kesetiaan-Mu

1Akulah orang yang merasai penderitaan akibat terkena rotan kemurkaan-Nya;

2Dia telah memacu aku dan membawa aku ke dalam kegelapan yang tidak ada cahayanya.

3Sungguh, berulang kali aku dipukul-Nya sepanjang hari.

13Anak-anak panah daripada tabung panah-Nya menembus ginjalku.

14Aku menjadi bahan ketawa seluruh bangsaku,

menjadi lagu ejekan mereka sepanjang hari.

15Dia mengenyangkan aku dengan kepahitan,

dan memuaskan dahagaku dengan pahit getir.

16Dia menghancurkan gigiku dengan batu kerikil,

dan membuat aku meringkuk di dalam debu.

17Jiwaku ketandusan rasa damai,

sehingga aku terlupa erti kebahagiaan.

18Kataku, "Hilanglah ketahanan aku,

dan apa yang kuharapkan daripada Tuhan!"

19Ingatlah kesengsaraanku dan pengembaraanku,

pahit getir dan racun itu.

20Aku terus mengingatinya

dan jiwaku tertekan dalam diriku.

21Tetapi inilah yang kuperhatikan,

lantas kuperoleh harapan:

22Kerana kasih setia Tuhan tidak pernah lenyap,

belas kasihan-Nya tidak akan pudar.

23Semuanya baru setiap pagi.

Besarnya kesetiaan-Mu!

24"Tuhan ialah Pusakaku," kata jiwaku,

"sebab itu aku berharap kepada-Nya."