Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Ratapan 3

A A A
Alkitab Versi Borneo
49Air mataku tercurah tanpa henti,

tidak putus-putusnya,

50sampai Tuhan menilik

dan memandang dari syurga.

51Mataku menyusahkan hatiku

kerana melihat nasib semua anak perempuan kotaku.

52Orang yang memusuhi aku tanpa alasan dengan gigih memburu aku seperti burung.

53Mereka menghumban aku ke dalam kancah

dan melempari aku dengan batu.

54Air meluap melampaui kepalaku,

aku berkata, "Habislah aku!"

55Aku menyeru nama-Mu, ya Tuhan,

dari dasar kancah yang terdalam.

56Engkau mendengar suaraku!

Janganlah kiranya Kaututup pendengaran-Mu

terhadap desakanku dan teriakanku meminta pertolongan.

57Pada waktu aku berseru kepada-Mu, Engkau datang mendekat.

Firman-Mu, "Jangan takut!"

58Ya Tuhan, Engkau telah membela perkaraku,

Engkau telah menebus hidupku.