Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 15

A A A
Alkitab Versi Borneo

Mazmur Daud. 1Ya Tuhan, siapakah yang boleh tinggal di khemah suci-Mu?

Siapakah yang boleh duduk di bukit suci-Mu?

2Orang yang hidup tulus dan mengamalkan kebenaran serta berkata benar dalam hatinya,

3orang yang lidahnya tidak memfitnah,

dan tidak berbuat jahat kepada orang lain juga tidak mencela temannya,

4orang yang membenci mereka yang berkelakuan keji

dan menghormati mereka yang takut akan Tuhan,

orang yang tidak berganjak daripada sumpahnya meski memudaratkan dirinya,

5orang yang tidak mengambil bunga daripada pinjaman wangnya

dan tidak makan suap untuk menghukum mereka yang tidak bersalah.

Orang yang melakukan semua ini tidak akan goyah.