Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Nehemia 6

A A A
Alkitab Versi Borneo

Tembok dibina seterusnya dan Nehemia diancam

1Apabila Sanbalat, Tobia, dan Gesyem, orang Arab itu, serta musuh-musuh kami selebihnya mendengar bahawa aku telah membina semula tembok sehingga tidak ada lagi lubang – biarpun pada ketika itu pintu-pintu gerbangnya belum lagi kupasang, 2maka Sanbalat dan Gesyem mengutus orang kepadaku dengan pesan, "Mari kita mengadakan pertemuan di salah sebuah kampung di Lembah Ono." Tetapi mereka berniat mencederakan aku. 3Jadi, kukirim beberapa utusan kepada mereka dengan pesan, "Aku terlalu sibuk melaksanakan suatu pekerjaan yang besar untuk pergi ke sana. Mengapa perlu pekerjaan ini terhenti kerana aku meninggalkannya hanya untuk menemui kamu?"

4Empat kali berturut-turut mereka mengirim kepadaku pesan seperti itu, tetapi setiap kali kuberikan jawapan yang sama kepada mereka.

5Kemudian, buat kali kelimanya, Sanbalat mengutus seorang pembantunya kepadaku dengan pesan seperti itu dan orang itu membawa sepucuk surat terbuka, 6yang di dalamnya tertulis demikian:

"Tersiar khabar di antara bangsa-bangsa – Gesyem juga mengatakan hal yang sama – bahawa engkau dan orang Yahudi bermaksud memberontak. Itulah sebabnya engkau membina semula tembok itu. Menurut khabar itu, engkau hendak menjadi raja mereka, 7bahkan kamu mengangkat para nabi untuk memaklumkan diri engkau di Yerusalem, demikian, 'Ada seorang raja di Tanah Yehuda!' Tentunya sekarang berita seperti itu akan terdengar oleh raja. Oleh sebab itu mari kita bermuafakat bersama-sama."

8Maka kuutus jawapan ini kepadanya, "Hal-hal seperti yang kaukatakan itu tidak benar. Itu cuma rekaan kamu sendiri dalam hatimu."

9Memang mereka semua sengaja berusaha menakut-nakutkan kami dengan berfikir, "Mereka akan patah semangat dalam pekerjaan itu sehingga tidak dapat menyelesaikannya." Tetapi sekarang, kuatkanlah semangatku, ya Allah.

Pembinaan tembok selesai

15Genap dalam lima puluh dua hari, selesailah pembinaan semula tembok itu iaitu pada hari kedua puluh lima bulan Elul.