Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 51

A A A
Alkitab Versi Borneo

Untuk pemimpin muzik. Mazmur Daud apabila ditegur oleh Nabi Natan kerana berzina dengan Batsyeba. 1Kasihanilah aku, ya Allah,

demi kasih setia-Mu yang kekal;

demi belas kasih-Mu yang melimpah hapuskanlah dosaku.

2Bersihkan aku daripada kejahatanku,

sucikan aku daripada dosaku.

3Kerana aku mengakui kesalahanku,

dan sentiasa sedar akan dosaku.

4AKepada-Mu, hanya kepada-Mu, aku berdosa

dan melakukan kejahatan di pandangan-Mu,

maka Engkau didapati benar dalam kata-kata-Mu,

dan penghakiman-Mu tidak bercela.

5Aku telah dilahirkan dalam kejahatan,

dan dalam dosa ibuku mengandungkan aku.

6Engkau menghendaki kebenaran dalam diri;

dan di lubuk jiwaku Engkau akan mengajarku mengenal kebijaksanaan.

7Bersihkan aku dengan hisop, supaya aku suci;

basuhlah aku sehingga lebih putih daripada salji.