Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 37

A A A
Alkitab Versi Borneo
3Percayalah kepada TUHAN, dan lakukan kebaikan;

tinggallah di tanah ini dan berpeganglah kepada kesetiaan-Nya.

4Cari kebahagiaan daripada TUHAN,

maka Dia akan menunaikan hasrat hatimu.

5Serahkan jalan hidupmu kepada TUHAN;

percayalah kepada-Nya maka Dia akan bertindak:

6Dia akan menyatakan perbenaranmui seterang cahaya,

dan keadilanmu seterang matahari tengah hari.

7Sandarkan hatimu kepada TUHAN dan sabarlah menanti tindakan-Nya;

jangan gusar kerana ada yang makmur mengikut jalan sendiri,

kerana ada yang menjayakan rancangan zalim.

23Langkah seorang yang baik diperintahkan oleh TUHAN,

dan Dia meredai jalan yang dilaluinya;

24kalaupun orang itu tergelincir, dia tidak akan rebah,

kerana TUHAN menyokongnya dengan tangan-Nya.