Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 16

A A A
Alkitab Versi Borneo

Doa Daud. 1Peliharakan aku, ya Allah,

aku bernaung kepada-Mu.

2Wahai rohku, kau telah berkata kepada Tuhan, "Engkaulah Tuhanku;

tiada kebaikan bagiku selain Engkau."

3Dan orang salih di bumi ini,

merekalah manusia terpuji yang membuatku sukacita.

4Orang yang menyembah tuhan lain

akan berganda deritanya.

Aku tidak akan menerima persembahan minuman korban darah daripada mereka

dan tidak akan menyebut nama mereka.

5Ya Tuhan, Engkaulah warisan dan cawanku;

Engkau memberiku rezeki untuk hidup.

6Garis ukur terjatuh bagiku di tempat yang indah;

sesungguhnya, warisan pusakaku sungguh baik.

7Aku memuji Tuhan yang telah membimbingku;

sesungguhnya pada waktu malam suara hatiku juga mengajarku.

8Aku sentiasa menurut panduan Tuhan.

Dia ada di sisi kananku,

aku tidak akan goyah.

9Maka hatiku bersukacita, dan lidahku bergembira;

jasadku juga akan tenteram dalam harapan,

10Akerana Engkau tidak akan meninggalkan rohku di alam maut,

dan Engkau tidak akan membiarkan Orang Suci-Mu reput.

11BEngkau akan menunjukkan aku jalan hidup;

di hadirat-Mu sepenuh bahagia dirasai,

di tangan kanan-Mu nikmat dikecapi selama-lamanya.