Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 17

A A A
Alkitab Versi Borneo

Doa Daud. 1Dengarlah rayuanku memohon keadilan, ya TUHAN;

dengarlah rintihanku.

Dengarlah doaku yang bukan daripada bibir dusta,

2Pertahankanlah kebenaranku dari hadirat-Mu;

semoga mata-Mu melihat apa yang benar.

3Engkau telah menguji hatiku

dan menelitiku pada waktu malam,

Engkau telah mendugaku dan tidak menemui kecelaan;

aku telah berazam memelihara lidahku daripada dosa.

4Perihal perbuatan manusia –

menurut kata-kata yang Engkau ucapkan

aku taat akan perintah-Mu;

aku menjauhi segala jalan orang yang ganas.

5Langkahku tetap di jalan-Mu;

dan kakiku tidak tergelincir.

6Aku menyeru-Mu kerana Engkau akan mendengarku, ya Allah;

dengarlah, dengarlah kata-kataku ini.

7Tunjukkan kasih-Mu yang agung,

dengan tangan kanan-Mu yang menyelamatkan semua yang bernaung kepada-Mu daripada mereka yang cuba meruntuhkan.

8Peliharakanlah aku sebagai kesayangan-Mu;

lindungi aku di bawah naungan-Mu

9daripada orang zalim yang menyerangku,

daripada musuh pemusnah yang mengepungku.