Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 136

A A A
Alkitab Versi Borneo
1ABersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik,

kasih-Nya kekal selama-lamanya.

2Bersyukurlah kepada Allah segala allah,

kasih-Nya kekal selama-lamanya.

3Bersyukurlah kepada Tuhan segala tuhan,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

4kepada Dia yang satu-satunya melakukan keajaiban besar,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

5Bkepada Dia yang dengan kebijaksanaan menjadikan langit,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

6Ckepada Dia yang membentangkan bumi di atas perairan,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

7Dkepada Dia yang menjadikan cahaya-cahaya besar,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

8matahari untuk memerintah sewaktu siang,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

9bulan dan bintang untuk memerintah sewaktu malam,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

10Ekepada Dia yang memusnahkan anak sulung Mesir,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

11Fdan mengeluarkan kaum Israel daripada kalangan mereka,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

12dengan tangan yang perkasa, dan lengan yang terhulur;

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

13Gkepada Dia yang membelah Laut Merah,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

14dan membolehkan kaum Israel berjalan melaluinya,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;

15tetapi menewaskan Firaun dan tenteranya di Laut Merah,

kasih-Nya kekal selama-lamanya;