Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 103

A A A
Alkitab Versi Borneo

Mazmur Daud. 1Pujilah TUHAN, wahai jiwaku;

dan segala yang dalamku, pujilah nama-Nya yang suci.

2Pujilah TUHAN, wahai jiwaku,

dan jangan lupakan segala rahmat-Nya –

3Dia mengampunkan segala dosamu,

Dia menyembuhkan segala penyakitmu,

4Dia menebus nyawamu daripada kemusnahan,

Dia memahkotakanmu dengan kasih sayang dan belas kasih,

5Dia memuaskan hasratmu dengan yang baik

supaya usia mudamu dibaharui seperti burung rajawali.

6TUHAN menjalankan perbenarani

dan keadilan bagi semua yang tertindas.

7Dia memberitahu jalan-Nya kepada Musa,

perbuatan-Nya kepada kaum Israel:

8ATUHAN penuh belas kasihan dan kasih kurnia,

panjang sabar serta melimpah kasih-Nya.

9Dia tidak sentiasa memarahi kita,

dan tidak menyimpan kemarahan-Nya untuk selama-lamanya;

10Dia tidak memperlakukan kita berdasarkan dosa kita

dan tidak menghukum kita setimpal dengan kesalahan kita.

11Kerana sebagaimana tingginya langit di atas bumi,

demikianlah limpah kasih-Nya kepada orang yang takut kepada-Nya;

12sebagaimana jauhnya timur dari barat,

begitulah jauhnya Dia telah membuang keingkaran kita daripada diri kita.