Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Matius 6

A A A
Alkitab Versi Borneo

Doa

5A"Apabila kamu berdoa, janganlah seperti orang munafik. Mereka suka berdoa sambil berdiri di saumaah dan di simpang jalan supaya dilihat orang. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, mereka itu sudah pun mendapatkan ganjaran mereka. 6Tetapi kamu, masuklah ke dalam bilik, tutup pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang tidak dapat dilihat dengan mata. Dia mengetahui apa yang kamu lakukan secara tersembunyi dan akan memberikan ganjaran kepadamu.

7Ketika berdoa, jangan curah-curahkan kata-kata yang tidak bermakna, seperti orang yang tidak mengenal Allah. Mereka menyangka Allah akan mengabulkan permintaan mereka kerana doa mereka itu panjang. 8Jangan berbuat seperti mereka. Bapamu tahu apa yang kamu perlukan sebelum kamu memohonnya.

9Berdoalah demikian: 'Ya Bapa kami yang di syurga,

sucilah nama-Mu.

10Datanglah kerajaan-Mu.

Terlaksanalah kehendak-Mu

di bumi sebagaimana di syurga.

11Berilah kami makanan untuk hari ini.

12Ampunkanlah kesalahan kami

sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami.

13Janganlah biarkan kami tergoda,

tetapi selamatkanlah kami daripada yang jahat.

Engkaulah yang empunya kerajaan, kekuasaan dan kemuliaan selama-lamanya. Amin.'

14BJika kamu mengampuni orang yang bersalah terhadapmu, Bapamu yang di syurga akan mengampunkan kesalahanmu juga. 15Tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang, Bapamu yang di syurga juga tidak akan mengampunkan kesalahanmu."